welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, April 1, 2010

kepentingan negara di lupuskan

Khazanah negara akan melupuskan kepentingannya dalam Pos Berhad. kerajaan menjamin bahawa tiada kenaikan dalam pos malaysia berhad menjalankan urusniaganya. betapa gilanya kerajaan melupuskan sesuatu yang perkhidmatan strategik kepada negara dan rakyat malaysia, jaminan kerajaan malaysia yang tiada satu pun boleh dipercayai, kenaikan harga tol atau juga kenaikan tarif elektrik, ini juga jaminan kerajaan malaysia sewaktu mengswastakan perkhidmatan elektrik dari lembaga letrik negara kepada tenaga nasional berhad. kenaikan tarif berlaku setiap masa dan ketika. dimana janji janji manis kerajaan mengatakan harga tarif tidak naik dan kerajaan masih mengawalnya. tidak ada pihak swasta didunia ini tidak pentingkan keuntungan dan mengurangkan kepentingan umum adalah matlamat pengswastaan.



apabila kepentingan khazanah negara melupuskan hak pegangan keatas pos malaysia, ini bermakna pos malaysia akan diserahkan kepada pihak swasta. kerajaan malaysia yang telah diakui oleh negara dunia negara yang paling bodoh dalam mengawal selia kepentingan rakyat dan lebih mementingkan diri sendiri. jesteru itu, perkhidmatan pos malaysia akan mengalami kenaikan dalam menguruskan perkhidmatan kepada rakyat atau apabila berurusan dengannya. kerajaan akan membayar berjuta juta ringgit malaysia apabila mereka menggunakan perkhidmatan pos.



pengswastaan dimalaysia berlaku jika apa yang menjadi pegangan kerajaan dapat melakukan keuntungan kepada swasta. tidak ada pengswastaan yang akan berlaku jika tiada keuntungan yang diperolehi oleh pihak swasta dalam menyambut lelongan kerajaan kepada sesebuah agnesi kerajaan. semua milik negara diswastakan adalah sektor yang memberikan keuntungan kepada pihak swasta. hampir tiada pengswastaan berlaku jika sektor itu tidak memberikan keuntungan kepada pihak kroni atau swasta. inilah malangnya ada pemimpin yang terlampau bangang dalam memerintah malaysia.


kenyataan bahawa kerajaan mengawalselia kepada perkhidmatan yang diswastakan adalah kenyataan yang diulang ulang, rakyat jangan takut, kerajaan masih berupaya mengawal pihak swasta, memandang kebelakang kita tengok apa yang terjadi kepada tol, sewaktu samy vellu menjadi menteri, saban tahun kita dihidangkan dengan kenaikan tol, bila tol tak dinaikkan kerajaan akan menanggung kos, tahun depan samy akan membentangkan lagi kenaikan harga tol dan akan berulang ulang sehingga sekarang. inikah yang dinamkan kerajaan masih lagi berkuasa menentukan kenaikan atau penurunan harga tol.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP