welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, April 2, 2010

kemana hala pembangkang perak

meninjau tulisan siti mariam mohd zain - utusan malaysia (rencana) telah melemparkan tuduhan yang amat berat kepada pembangkang iaitu membawa budaya demonstrasi ke dalam dewan undangan negeri. persoalan yang timbul bagaimana siti mariam dapat menganalisa keadaan dalam dewan padahal tiada media massa yang dibenarkan masuk ke dalam dewan undangan negeri. oleh kerana tulisan ini ditulis berdasar andaian bodoh penulis ini, andaian juga perlu ditulis kerana untuk menghapuskan berita fitnah yang ditulis oleh siti mariam.



budaya membawa poster menghina dewan, apakah umno yang membawa begitu banyak polis berada dalam dewan itu tidak menghina dewan. siti mariam ingat dewan undangan perak seperti parlimen taiwan ke, parlimen taiwan yg sentiasa bergelora pun tiada polis yang mengawal kerana mereka menghormati dewan pengubal undang undang. budaya apakah umno cuba wujudkan dalam dewan undangan negeri perak? mungkin adun pr nak masuk jamban pun polis ada kat tepi jamban.



soalan bangang yang ditulis oleh siti mariam ialah bagaimana adun pr tidak menghormati speaker, apakah speaker menghormati "perintah tetap" yang di minta oleh adun pantai remis dihiraukan oleh speaker, speaker yang bijak dan berpegang kepada undang undang dalam dewan akan membenarkan adun pr membaca perintah tetap dewan, tapi kalau speaker sebangang ganesan perlu ke diiikuti? bagaimana ganesan nak mengawal dewan kalau dia sendiri tidak faham undang undang dewan. mungkin cik siti lebih bijak tapi tetap bangang kerana menulis untuk syok sendiri tanpa mengetahui pembaca lebih bijak dari penulis.



penulis juga mengatakan pembangkang tidak menurut keputusan mahkamah, kat mana pihak pembangkang tidak menurut keputusan mahkamah, keputusan siapa speaker yang sah atau tidak diputuskan oleh mahkamah lagi, atau cik siti dah mendahului keputusan mahkamah, atau cik siti menulis depan komputer dan tidak membaca sumber maklumat yang sahih dan berintergriti. atau hanya menjadi penulis upahan untuk menulis keburukan pakatan rakyat. kalau itu niat buruk cik siti kepada pembangkang lupakan aje kerana tulisan cik siti adalah sampah dalam longkang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP