welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, April 2, 2010

kenapa speaker dun perak jadi badut?

setelah menolak 216 soalan dari ahli dewan undangan negeri perak kerana tidak menghantar melalui email, speaker perak memang mahu menjalankan "paper less" di dalam dewan undangan negeri perak. hebatnya teknologi IT di perak, senang je nak tolak soalan adun pakatan rakyat kerana tidak menghantar melalui, nasib baik jemputan hadir ke sidang dun pun pakai email, kalau adun perak tak baca email mampus le tak hadir sidang dewan undangan negeri. hebat hebat speaker perak. mungkin setahun dua lagi zambry akan buat sidang dewan undangan perak menerusi sidang maya je, speaker tak takut lagi kerusinya di rebut oleh pakatan rakyat dan polis pun tak payah pakai lagi untuk berkawal diluar dan dalam dewan undangan negeri.



perintah tetap dalam dewan pun speaker perak tak tahu, darimana ntah zambri kutip speaker dun perak, zambri sudah tahu kalau lantik speaker yang cerdik akan menyusahkan dirinya kerana terpaksa menjawab segala soalan soalan dari pakatan rakyat, jadi zambry akan pilih speaker yang tidak cerdik, segala undang undang dalam dewan boleh dilanggar dengan sewenangnya. kalau speaker cerdik akan menyusahkan zambry dan gerombolannnya dalam menghadapi soalan soalan panas berapi pakatan rakyat.



ganesan pun memendekkan segalanya, kalau boleh ucapan tuanku sultan perak pun nak dipendekkan. kalau boleh assalamualaikum, terima kasih, cukup, lepas tu ganesan boleh tangguh sidang dewan kepada pukul 3.30 petang esok. esok sidang dewan bermula beralih terus ke pembentangan rang undang undang melalui titah diraja. apa pakatan rakyat boleh buat dalam melayan kebodohan speaker umno ini? sepatutnya pakatan rakyat tak pakai pun perintah tetap kerana ganesan sendiri tak tahu pun apa perintah tetap, perintah tetap yang zambry bagi aje yang ganesan tahu.



ganesan menjadi badut dan melengah lengah masa dewan adalah untuk mengelakkan 3 ekor tupai yang ada dalam dewan menerima terjahan dari adun pakatan rakyat, mahu tak mahu ganesan berlagak membuat perkara perkara yang salah dan apabila mendapat teguran dari pakatan rakyat, oleh itu banyak masa terbuang dan selamatlah tupai tupai yang melompat ke umno dari menjawab soalan soalan dari pakatan rakyat. tengok betapa cerdiknya speaker ganesan dalam menghabiskan masa dewan. tamatlah sidang dewan zambry teruskan mimpi mimpi indah menduduki kerusi empuk.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP