welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, April 7, 2010

hari hari yang berlalu

selepas ayatollah kickdefella memberi fatwa bahawa TGNA berbohong apabila mengatakan tidak mengetahui adanya pemberian balak berlandaskan apa yang akan didermakan kepada pusat asuhan tunas islam (PASTI), seluruh jentera pas reform sepi, ada yang tidak menulis, ada yang mengaku siang malam di belakang TGNA dan akan berhadapan dengan sesiapa saja yang mencari pasal dengan TGNA terutama geng dari terengganu dan juga geng geng Kerajaanng Perpaduanng. blogger yang buruk dari kepala dan usus terus berdiam diri kononnya mendengar nasihat kalau tidak tahu diam, menerjah timb. presiden pas ditulis dengan berbingkai ayat alquran membenarkan terjahan keras dari ahli parti mahasiswa negara yang tidak reti mengisi borang percalonan menjadi ahli parlimen.



Meninjau blog perisik rakyat atau spy, menulis tentang calon di hulu selangor, zaid ibrahim diagungkan kerana sanggup berhenti dari menjadi menteri dan menongkah arus demi rakyat. sanggup meninggal kerusi empuk, ayat ayat indah yang disusun oleh matspy. tunggu duit ehsan kerana konon tak ada duit nak ke hulu selangor, alah apa susahnya buat aje kutipan sedekah macam tulang besi, pengikut berjuta boleh bagi sedekah demi perjuangan suci pas reform. tulis je tabung hulu selongor untuk matspy.



blog sumber berita terkini dari penulis kurakuramerahjambu pun tiada satu pun berita terkini mempertahankan tgna. ada gambar bersama tgna tapi tak bersama tok guru pun diwaktu tok guru kena fitnah, membiarkan tok guru keseorangan dalam mempertahankan diri, sumber berita terkini adalah berita baghdad diserang oleh apache, yang paling utama adalah berita nuar berahim.tiada satu ayat pun tertulis yang menyokong tok guru semasa ini. apakah ini dinamakan benar tetap benar salah tetap salah.



blog maulana yang sering mempercayai khabar khabar angin kerana ia amat benar pun bercerita tentang umno di singapura, duduk dilombok tahu cerita di singapura hebat maulana, badan perhubungan umno singapura bagi maklumat ke. hebatnya maulana ini adalah dalam menyebarkan berita berita angin dan akhirnya dia akan meminta tuan yang dituduh bersumpah, senyap tak bergerak umpama anjing kejang kena renjatan elektrik, tak ada satu ayat yang memberikan senyuman kepada tok guru, walaupun dah banyak mana jubah tok guru koyak akibat maulana ini yang suka bersembunyi dibalik jubah tok guru.



blog yang ini lagi hebat, bercerita tentang kaum red indian yang tidak pernah wujud dimalaysia, dan hari ini bercerita tentang kanak yahudi dipalastine, tiada ayat yang membela tok guru, mungkin masa usrah barbican naqid masih lagi enak menghisap rokok daun, tapi tidak seenak menyedut asap dari filter berdarah babi, apakah blog ulamak kepala lutut ini, lututnya tercalar atau cedera tidak boleh berfikir walaupun sesaat. hebat hebat, semua blog yang berdiri teguh dibelakang tok guru nik aziz sewaktu meminta EGM Pas sunyi sepi seperti setan bisu. inilah orang orang yang mahu membersihkan pas dari kerajaangg perpaduanng.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP