welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, April 7, 2010

apakah dinasti yeh akan kembali?

melihat kepada titah ucapan pembukaan penggal persidangan ke3 dewan undangan negeri ke 12 banyak yang menyebut kembali perkataan perkataan popular maharaja yeh. maharaja yeh selalu menyebut masyarakat ulul albab, maharaja yeh juga menguasai bahagian pendidikan, dinasti yeh juga mengasaskan sekolah agama IMTIAZ. hari titiah pembukaan persidangan penggal ada menyebut kesemua perkataan yang amat popular semasa dinasti yeh memerintah terengganu dari 2004 hingga 2008.

maharaja yeh berbangga menyebut masyarakat ulul albab yang menjadi satu perkataan wajid dalam setiap ucapannya kepada rakyat terengganu, yeh berbangga dengan pencapaian sekolah imtiaz hasil idea canggihnya. sekolah imtiaz adalah sebuah sekolah yang diasaskan oleh maharaja yeh di besut semasa yeh terbuang dari kerajaan persekutuan. akhirnya satu sekolah agama kerajaan negeri ditelan oleh imtiaz di serada. nama asal sekolah itu ialah kospint tapi diubah nama kepada imtiaz dan diselenggarakan oleh yayasan islam terengganu.

hari ini perkataan perkataan kebangaan maharaja yeh disebut dalam titah ucapan pembukaan persidangan dun terengganu. mungkin maharaja yeh tersenyum kerana sudah 2 tahun perkataan perkataan popularnya dinyah aktif oleh mat said. perkataan perkataan islam hadhari juga berkumandang kembali dalam dewan yang mulia ini, apakah ini menandakan kebangkitan semula maharaja yeh dalam pentadbiran terengganu? tunggu dah lihat. di saat mat said makin gagah mengharungi tentangan musuh politiknya kenyataan popular maharaja yeh berkumandang semula dalam dewan, meminjam kata atau ada udang disebalik batu, atau mat said berupaya menahan serangan ganas dengan membeli 2 ekor rimau untuk menghuni zoo bukit takar lambang kekuasaan mat said di terengganu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP