welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, April 6, 2010

apakah geng budak hitam sudah beralih arah?

kelihatan rosol dan mat said berbual mesra sewaktu rehat sidang dewan undangan negeri terengganu


apakah geng 10 budak hitam yang menimbulkan onar dalam pentadbiran mat said. perlantikan mat said sebagai mb terengganu telah ditentang hebat oleh penyokong deris jusoh. apakah selepas 2 tahun penentangan geng 10 budak hitam dibawah arahan deris jusoh sudah sampai ke akhir perjalanan. nampaknya rosol wahid kembali berimankan mat said? atau tiada jalan lagi buat puak puak budak hitam untuk terus mengacau kedudukan mat said. mat said makin gagah perkasa dan dapat menyekeh siapa saja yang melawannya. dah dua tahun mat said berjaya menghalau siapa yang berani merampas kerusi mbnya.


kebelangkangan ini nampaknya seorang demi seorang geng geng 10 budak hitam kembali beriman dan patuh kepada mat said. rosol panglima perang dan perderhaka kepada sultan terengganu nampaknya semakin tunduk dan patuh kepada arahan mat said. apakah ini tindakan terpaksa dari rosol yang mana dewan undangan negeri sudah sampai ke penghujungnya dan pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar tidak akan terpilih lagi jika masih meneruskan sikap gedebe kepada mat said. semoga mat said tidak terlupa apa yang telah dibuat oleh geng geng 10 budak hitam ini kepada beliau. if you can destroy him you join him. apakah ini prinsip baru rosol wahid. ketua kepada pembangkang dalam umno menentang mat said.


mat said memang seorang menteri besar terengganu yang paling malang nasibnya. keruntuhan binaan yang dibuat dizaman deris dynasty telah menjadi satu bebanan berat buat mat said untuk menanggungnya. keruntuhan demi keruntuhan binaan yang terpaksa ditelan oleh mat said akibat kegelojohan deris dalam membina tamadun dan memahat sejarah. sejarah buat menteri besar terengganu yang paling malang buat mat said. dua tahun jangkamasa mat said memerintah dan 2 tahun mat said menerima aib dari keruntuhan binaan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP