welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 15, 2010

tol lebuhraya pantai timur dan jambatan penang akan naik harga

Hadiah kerajaan kepada rakyat pantai timur iaitu menaikan harga tol lebuhraya pantai timur kerana sudah 6 tahun beroperasi masih belum dinaikkan lagi. inilah cara pemimpin negara malaysia mentadbir negara malaysia begitu bijaksana. semua akan melalui kajian dan apabila kajian mengatakan keperluan menaikkan harga tol akan dinaikan dengan segera kerana ini akan merugikan konsesi pembina lebuhraya. sudah le sekarang dibebankan dengan harga tol yang amat tinggi yang mana pengguna dari terengganu akan membayar hampir rm30.00 satu perjalanan dan kalau dua hala pengguna lebuhraya akan membayar rm60.00. jika dinaikkan lagi harga tol walaupun dengan kadar minima 5 sen pun pengguna akan tetap terbeban.



penambahan kos kepada pengguna kenderaan persendirian dan juga mungkin akan menyebabkan kenaikan harga tambang bas dari kuala lumpur ke terengganu. betapa jahatnya kerajaan malaysia ini, kerja kerja mereka adalah mengkaji kenaikan harga tol dan juga harga barang. sampaikan barang keperluan pun akan dikenakan cukai. kos kehidupan akan terus naik jika pengguna kenderaan terus menggunakan lebuhraya. mangsanya adalah pengguna yang mana kerap menggunakan lebuhraya yang melakukan pekerjaan, jika dulu bawak duit seratus dah mencukupi untuk makan dan duit membayar tol pergi dah balik. oleh kerana kenaikan tol yang mana akan dibuat tetap akan naik walaupun 5 sen. kosnya tetap ditanggung oleh pengguna.


alasan bangang yang diberikan oleh kerajaan malaysia ialah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemegang konsesi dalam mana pemegang konsesi membuat perjanjian dengan kerajaan akan mengkaji kenaikan tol setiap 5 tahun atau 6 tahun sekali. perjanjian bangang ini tetap dibuat oleh kerajaan kerana pemegang konsesi adalah kroni kroni umno yang mana pemegang konsesi lebuhraya membuat untung setiap tahun. tidak pernah pemegang konsesi tidak untung dan tidak pernah rugi. apakah ini tidak cukup lagi buat kroni mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.


betapa jahatnya kerajaan malaysia, semua perjanjian pemegang konsesi akan selalunya akan menguntungkan pemegang konsesi, dan tidak ada dalam sejarah tol diturunkan. dizaman ayoyo sami kenaikan tol tidak terbendung langsung. dah kenaikan tol berterusan dibawah shaziman abu mansor. kerja kerja menteri kerjaraya adalah mengkaji bagaimana untuk menaikkan harga tol bukannya menurunkan harga tol. tidak pernah dalam sejarah kerajaan umno mengumumkan penurunan harga tol. dan sampai bila rakyat akan terus diberikan kata kata bahawa pemegang konsesi akan menanggung kerugian jika tol tidak dinaikkan. tol malaysia adalah yang termurah didunia itulah kata kata hikmat menteri kerjaraya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP