welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 15, 2010

solat hajat kepada katak katak

solat hajat terpanjang dianjurkan oleh pemimpin pas dan puak puak banjar untuk ahli parlimen bagan serai mohsin, solat tujuh hari berterusan selama seminggu ini keatas mp bagan serai sedikit sebanyak mengerunkan hati hati katak katak lain. mungkin ustaz ahmad awang berasa bersalah kerana memperkenalkan mohsin sebagai ganti beliau di parlimen bagan serai. mungkin ustaz ahmad awang telah berjanji kepada pengundi bahawa calon ini tidak akan lari dari perjuangan. manusia merancang allah merancang, perancangan allah lebih baik dan betul. mungkin ustaz ahmad awang selalu bersangka baik kepada sahabat sahabatnya. nampaknya kali ini sahabatnya mencuri menikam ustaz ahmad awang. sadis sungguh perbuatan mp ini. susu yang dibagi tuba dibalasnya. habis keringat orang pas dan pkr dikerah untuk bagi memenangkan beliau. dengan gaya selamba je dia keluar parti menjadi orang bebas dan tidak berparti.





oleh kerana tindakan tidak bermaruah mohsin mp parlimen bagan serai, ustaz ahmad awang mengambil jalan berdoa kepada allah dan kita berharap doa doanya selepas solat hajat jangan terkena sekali kepada orang orang sekeliling dan juga kepada penyokong penyokong pas dan juga rakyat bagan serai amnya. semoga doa selepas solat adalah untuk mohsin sahaja. semoga allah tidak menurun bala kepada bagan serai akibat perbuatan mohsin yang telah turun pangkat menjadi pencacai. dalam masa 2 tahun tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut mohsin sepanjang persidangan parlimen berlangsung. selepas menjadi bebas, ada pulak suara ingatkan bisu.



kenapa solat hajat yang berterusan tidak dibuat untuk mendoakan kesejahteraan rakyat, mendoakan pemimpin pembangkang tetap beristiqomah dalam memperjuangkan suara rakyat marhaen yang semakin menderita. solat hajat supaya melindungi negeri negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat. semoga solat hajat yang berpanjangan ini dapat diteruskan dilain lain masa bukan hanya mendoakan bala tapi rahmat kepada rakyat malaysia amnya. solat hajat dijadikan agenda setiap masa bagi pendokong pendokong parti islam semalaysia dalam menghadapi musuh musuh yang nyata dan juga musuh yang tidak nyata. semoga allah memperkenankan doa doa orang yang tertipu dengan lakonan mp dua alam ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP