welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 16, 2010

GST - memiskinkan rakyat

perbincangan tentang GST terus berlaku, kerajaan hendak melaksanakan GST dalam tahun 2011, oleh kerana tentangan beberapa pihak terutama pembangkang menyebabkan kerajaan pembangkang umno telah mengambil langkah menghentikan sementara kajian dan perlaksanaanya. jikalau langkah ini baik untuk rakyat kenapa kerajaan pembangkang umno tidak mahu meneruskan cukai ini. umno menerusi menteri kewangan kedua telah membatalkan bacaan kali kedua di dewan rakyat kerana kononnya mahu mendapatkan pandangan dari rakyat. apakah tiada kajian yang dilakukan secara menyeluruh sebelum melaksanakan kadar cukai yang dianggap oleh kerajaan amat baik untuk rakyat.



rakyat akan menyambut baik perlaksanaan cukai ini jika ia menguntungkan rakyat bukannya memenuhkan kantung negara yang sudah kering laksana kepala yang sudah gondol kerana ketiadaan dana lagi akibat gelojohnya umno dalam berbelanja. diatas dasar pembangunan negara yang selalu dicanangkan kepada rakyat bawahan kerajaan umno begitu gelojoh berbelanja. kroni terdampar kekenyangan. akibatnya duit petronas juga hampir kering kerana digunakan sepenuhnya oleh mantan mantan pm, cik det 100billion, pak lah dalam tidur berbelanja 240billion. najid yang ada sekarang terpaksa mengemis, memerah dan mencekik rakyat untuk mendapatkan wang untuk membuat dia mampu berbelanja dengan mewah kembali.



GST adalah government stupid tax , bukan good services tax, percukaian terbaru ini adalah termasuk dalam MEB iaitu model ekonomi baru yang akan diperkenalkan oleh najid. gst adalah satu elemen penting dalam meb, jika meb nak dilaksanakan GST kena dimasukkan sekali. apakah dengan mengenakan cukai 4% kepada rakyat lebih baik kepada rakyat atau makin memiskinkan rakyat. dari kepala sampai ke ekor cukai akan dikenakan dan sebelum sampai ke tangan pengguna akhir berapa kadar cukai yang akan dikenakan. inilah yang disembunyikan oleh kementerian kewangan, betapa jahatnya kementerian ini, tidak pandai langsung mencari wang, jika mahu wang, kementerian kewangan akan mencekik rakyat. itulah kerja kementerian kewangan, bangang punya menteri seperti mat nor yaakob yang berjudi wang negara sampai berpuluh billion rugi masih diambil menjadi menteri kewangan.



stupid tax bagi rakyat, cukai yang bagus kepada kerajaan kerana ini akan mencepatkan kantung negara penuh setelah cukai ini mencekik rakyat daripada kepala hingga ke kaki. bijak bijak kerajaan malaysia dalam memperbodohkan rakyat malaysia. sampai bila pun rakyat malaysia akan dicekik selagi kerajaan pembangkang umno memerintah. rakyat makin rebah pemimpin umno terus mencekik, gembira sangat mencekik rakyat sendiri bagi memenuhkan kantung negara.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP