welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 16, 2010

Kerajaan Pakatan Rakyat selangor akan tumbang?

Kerajaan pakatan rakyat sedang digoyangkan dengan pelbagai berita. berita berita adun dan mp melompat parti telah lama kedengaran, pelbagai usaha telah diambil umno untuk menjayakan misi meruntuhkan kerajaan selangor dibawah kepimpinan khalid ibrahim. umno begitu berusaha keras dalam menjayakan kejayaan mereka untuk meruntuhkan kerajaan negeri seperti mana yang berlaku di perak. apakah pemimpin pemimpin pkr mudah sangat dibeli maruah dan jati dirinya. khalid berahim perlu mengambil tindakan dari sekarang sebelum keadaan lompat parti menjadi penyebab runtuhnya kerajaan negeri.



apakah ketahanan fizikal dan mental pemimpin pemimpin pakatan rakyat akan berterusan dalam usaha menahan dari jatuhnya kerajaan pakatan rakyat. umno sebenarnya tidak pernah tidur semenjak dari mac 2008, kerja keras, menggunakan pelbagai agensi samada halal atau haram untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat. diselangor negeri yang mempunyai kekayaan amat lah diperlukan kerana khazanah negeri terjaga rapi dan kantung negara masih lagi penuh. walauapa cara sekalipun dengan membayar dengan harga yang amat mahal umno akan menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat.



apakah khalid ibrahim tidak menyedari bahawa pemimpin pemimpin pkr dap dan pas sentiasa di pantau oleh ejen ejen umno yang bila bila masa akan menawarkan jutaan ringgit malaysia kepada pemegang status mp dan adun. jika tidak berjaya hari ini, esok akan mungkin dicuba lagi, apakah kerajaan selangor menunggu nasibnya seperti mana runtuhnya kerajaan pakatan rakyat di perak. kerajaan selangor perlu memantau keadaan ini dan jika keadaan mendesak bubarkanlah DUN dengan segera bagi menamatkan usaha usaha terancang umno dalam mengembalikan kuasa mereka di selangor.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP