welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 16, 2010

Projek tanaman kelapa sawit di kerteh gagal

Seramai 263 peserta projek tanam semula kelapa sawit peringkat pertama di Felda Kerteh 3, di sini kesal dengan pengurusan Felda yang dikatakan gagal menguruskan dengan baik ladang sawit seluas 1,052 hektar yang diserahkan untuk menyertai projek itu pada awal 2009. Tinjauan mendapati pokok sawit yang ditanam semula sejak enam bulan lalu bagaikan 'hidup segan, mati tak mahu' dengan daun bertukar kuning keemasan, ditenggelami semak dan sebahagian sudah mati dirosakkan tikus, manakala ada lot tertentu masih terbiar kosong dan tidak ditanam semula. kegagalan projek yang diuruskan oleh felda ini telah menyebabkan semakin ramai peneroka felda akan muflis sedikit masa lagi kerana janji janji felda sewaktu penanaman semula menemui jalan buntu.


exco pertanian terengganu, rozi sepatutnya mengambil tindakan dengan segera kerana ini melibatkan ramai peserta dikalangan orang melayu, slogan rakyat diutamakan adalah amat perlu diwaktu ini, jangan tinggal slogan yang memakan diri sendiri, jika keadaa ini tidak dipantau kesemua peserta ini akan berhadapan dengan hutang yang membukit dan tidak mustahil mereka akan kehilangan tanah yang mereka miliki. jika projek berskala besar ini menemui jalan buntu bagaimanakah projek tanaman kelapa sawit dihalaman rumah seperti yang dianjurkan oleh exco pertanian tempohari. ini lah masa exco pertanian perlu segera menyelesaikan masalah peneroka felda.


kesemua peserta tanaman semula felda kerteh ini adalah berbangsa melayu dan oleh kerana umno amat suka menolong bangsa melayu seperti yang diwar warkan dalam media massa umno wajid bersegera menolong peserta felda. dan dipercayai felda akan berlepas diri dari masalah ini kerana mereka telah buat perjanjian dengan peserta felda ini. akan ada klaus klaus tertentu yang membolehkan felda berlepas diri. atau mungkin terdapat klaus klaus dalam perjanjian yang mungkin menyebabkan tanah peserta ini tergadai ke pihak felda.


mungkin kerana klaus klaus ini yang diperjuangkan oleh anak anak felda kebangsaan (ANAK) yang di ketuai oleh mazlan aliman yang telah ditahan polis kerana berjaya membongkar kegiatan jahat felda dalam usaha memiliki tanah peserta peserta felda. mazlan aliman telah berjaya dalam membongkar kegiatan ini dan mahu peserta felda beroleh hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan. semakin banyak yang didedahkan oleh mazlan mungkin merugikan felda mahu tidak mahu mazlan aliman perlu dihalang dengan apa cara sekalipun.


janji manis pihak felda semasa mahu melaksanakan skim tanaman semula kelapa sawit tidak diurus dan ditadbir dengan baik. peserta projek tanaman semula akan berhadapan dengan hutang yang akan menjerut leher peserta peserta skim tanaman semula felda. felda akan gagal menepati janji janji manis yang ditabur sewaktu peserta peserta menandatangani perjanjian dengan felda. apakah felda berfungsi sebagai along yang berlesen, jika peminjam gagal melunaskan pinjaman bermakna tanah peserta akan menjadi milik felda, begitu mudah memiliki tanah tanah peserta. ini kerja felda yang tidak bertamadun dalam usaha mengukuhkan cengkaman felda kepada peserta peserta ini. ia tidak ubah seperti yang berlaku kepada nelayan nelayan yang berhutang dengan pemborong ikan, jika tangkapan ikan tiada bermakna pemborong ikan memberi wang dahulu lama kelamaan hutang makin menggunung dan akhirnya bot tergadai kepada pemborong ikan. begitu licik perancangan yang dibuat. senyum pinjam bayar dengan tagisan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP