welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 16, 2010

TEMAN mampu jana hasil 1 Billion - betul ke

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan Terminal Makanan Negara (Teman) yang bakal beroperasi pada awal Mei ini mampu menjana pendapatan sehingga RM1 bilion setahun.''Teman akan menjadi pusat pengumpulan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, buah-buahan, ikan hiasan, bunga-bungaan serta lain-lain dan ia bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah untuk dieksport. ''Kita menyasarkan antara 60 hingga 70 peratus hasil tersebut adalah keluaran petani tempatan," katanya. FAMA merancang menjalin kerjasama strategik dengan lebih ramai petani tempatan menerus konsep ladang kontrak bagi memastikan bekalan hasil tani di Teman sentiasa mencukupi.

Konsep TEMAN yang dibuat oleh FAMA nampaknya elok dari segi kajian dan untuk melaksanakan program seperti ini FAMA akan gagal seperti biasa. banyak sudah bukti kegagalan FAMA yang mana akan berulang dari tahun ke tahun. sikap fama yang berlepas diri selepas projek ini mulai membuahkan hasil adalah satu sifat fama yang tidak pernah berubah. fama akan terus mengwar warkan projek pertanian yang menguntungkan petani petani dan selepas projek ini dilancarkan oleh fama, peserta peserta atau petani petani yang mencuba nasib dalam bidang pertanian yang dianjurkan oleh fama akan menerima akibat atau padah kerana tiada tempat untuk hasil pertanian mereka dijual kepada pasaran.

petani biasanya akan menanggung kerugian kerana sikap fama yang tiada unit yang menjalankan peranan sebagai pencari pasaran untuk petani petani. di terengganu semasa penanaman rock melon yang berlangsung. dengan kerjasama dari jabatan pertanian penanaman rock melon yang dikatakan memberikan keuntungan lumayan kepada petani menjadi mimpi ngeri kepada peserta peserta penanam rock melon. rock melon berbuah dengan lebat dan mengeluarkan hasil yang banyak tetapi bila diajukan persoalan dimana hendak menjual rock melon fama menjawab tiada tempat atau rock melon susah untuk dijual dipasaran. kalau fama mengambil harga rock melon adalah tersangat murah dan harga hasil jualan rock melon tidak mampu menampung kos penanaman rock melon. disini petani petani rock melon akan kerugian dan tidak mampu meneruskan penanaman dan juga terpaksa berhutang untuk membayar hutang penanaman rock melon.

bukan rock melon saja yang menemui kegagalan, perternakkan ikan keli, sayur sayur fertigasi, serai wangi dan bermacam jenis tanaman lagi menemui kegagalan kerana fama gagal memainkan peranannya mereka seperti mana laungan menteri bahawa pertanian satu perniagaan. pemasaran fama selalunya mendatangkan kegagalan, bila gagal mereka hentikan pemasaran dan membuka idea lain pula, semua idea idea fama adalah untuk membuat petani petani semakin menderita. tiada tindakan kursus oleh fama dalam menolong para petani, bahkan sesiapa yang menyertai fama akan menjadi penghutang yang sengsara kerana fama akan melarikan diri bila hasil keluar dengan banyak dan tidak mampu memasarkan hasil pertanian keluar negara ataupun dalam negara malaysia khususnya.

walaupun apa yang dibuat oleh fama adalah untuk indah dimata tapi hasilnya tiada satu pun berjaya. semakin menyusahkan petani adalah. fama sepatutnya berusaha lebih agresif dalam usaha menolong petani menjadi jutawan sepertimana dinegara maju yang lain. hasil hasil pertanian dieksport. fama membuat pemasaran sekerat jalan dan bila tiada tanda tanda nak maju mereka akan cepat cepat bungkus dan lari dari tanggungjawab dan jawapan yang popular fama, hasil pertanian tidak dapat dijual kerana tidak menepati standard yang dikehendaki.

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP