welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, March 17, 2010

kenapa kita menyusahkan diri

kenapa MAMPAT terus menyusahkan diri menjadi kaldai untuk membawa barang yang tidak sepatutnya mampat bawak. isu royalti dan semakin membeku, umno tidak akan sesekali untuk kepada desakan ngo mahupan pas negeri terengganu, kenapa usaha usaha keras ini tidak digembeling menjadi satu tenaga kerja kepada gerak kerja yang lebih berfaedah, mengapa MAMPAT meneruskan usaha usah yang sia sia, jika royalti kembali dibayar ke negeri terengganu siapakah yang akan untung, jawapan yang pasti umno dan kuncu kuncunya. pihak mampat pada hari sabtu ini akan berhadapan dengan kepala merah kerana akan menghalang semua tindakan untuk mengadap YDPA, tuanku mizan.


walaupun royalti dikembalikan tahun ini, umno dibawah kuasa mat said akan menggunakan dana dana royalti untuk menyerang pas, dengan kuasa wang umno pasti boleh meleburkan pengikut atas pagar yang condong kepada pas, dan percayalah bahawa wang royalti akan menjadi satu bentuk acaman pengaruh pas kepada pengundi. pas tidak akan mampu menahan asakan wang ini. dan kalau wang royalti ini digunakan di kelantan nercaya pas kelantan akan terbungkus, datanglah seribu blogger yang menulis keburukan umno pengundi pasti tercium wanginya wang. jangan kata lah walaupun cerdik mana pas kelantan pun akan dapat ditipu dengan wang.


dan yang paling pasti, Ku li tidak akan hadir pada 18 mac ini diterengganu, kerana pada ku li hanya terlibat di kelantan negerinya sendiri. kenapa susah sangat pas nak percaya yang ku li ini adalah bapak segala perkauman, kalau kelantan ku li akan membelanya walaupun terpecat dari jawatan umnonya. dulu pas terengganu dah melihat bagaimana kenyataan ku li kepada kerajaan pas terengganu apabila kerajaan pusat menarik balik royalti dan memberi kepada kroni umno atas nama wang ehsan. apakah pemimpin pas sudah lupa kenyataan ku li. kalau lupa kami akan ingatkan.


mampat dan pas terengganu sepatutnya menumpukan perhatian kepada perkara perkara yang lebih berfaedah daripada terus membabitkan diri dalam perjuangan menuntut royalti minyak. biarkan umno terengganu dan mat said teruskan usaha, kenapa pas terus memperbodohkan diri dalam memperjuangkan diri dalam arena bukan milik pas. kalau pas memerintah, pas boleh memsibukkan diri dalam perjuangan ini kerana apabila dapat duit royalti boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan kalau umno dapat, pas sepatutnya faham dan jangan jadi pak kaduk, menang sorak negeri tergadai.


sepatutnya pas memperkuatkan parti bukannya turut serta dalam agenda agenda yang tidak memberikan keuntungan kepada pas, apakah rakyat terengganu bersama pas dalam menuntut royalti? yang hadir cuma penyokong pas dan beberapa kerat penyokong ngo ngo yang menangut di air keroh. pas perlu segera mempertahankan kubu yang ada atau menambah kubu dan kembali memerintah terengganu darul iman. pastikan bulan terang di terengganu dan mengambang dengan indah. hentikalah kerja kerja yang tidak memberikan manafaat kepada pas dan rakyat terengganu. dimana nikmat yang dinikmati oleh rakyat terengganu semasa royalti diberikan oleh petronas?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP