welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 15, 2010

mp mp dua alam banyak kemukakan usul di parlimen

Mp mp bebas atau janda PKR dan juga ketua makhluk dua alam telah banyak mengemukakan usul usul dalam sidang parlimen kali ini yang telah dirasmikan oleh YDPA Tuanku Mizan. Mp mp dua alam ini boleh buat kerja dengan senang hati kerana duit banyak, masalah sudah selesai, masalah utama kewangan dah diselesaikan oleh pihak pembeli maruah mereka. bangganya menjadi ahli parlimen yang banyak membawa cadangan cadangan bernas. dulu mereka sibuk dengan parti sejak tak berparti ini mereka lebih banyak mempunyai masa dan sepatutnya parti parti ini tak perlu dah kerana akan membanyakkan kerja je. tengok mp mp dua alam ni banyak membuat usul untuk kepentingan rakyat malaysia.



Berdasarkan kertas aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat pada Selasa ini, Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) mengemukakan 21 usul iaitu yang terbanyak di kalangan ahli Parlimen, antaranya cadangan dihentikan penjualan arak di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS). zul kulim memang banyak mengemukakan cadangan bernas dari otak loyar buruknya kerana sudah meninggalkan hampas yang banyak dalam pkr dia berlalu dengan senang hati.


Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) pula mengemukakan tiga usul termasuk cadangan supaya pakar ekonomi dilantik sebagai Menteri Kewangan. MP 40 juta dan dengan senang hati beri cadangan dalam soal ekonomi, maklumlah orang kaya baru, mesti cerita hal ekonomi je melibatkan duit tu. jadi mp zahrain akan bercakap soal duit saja. maklumlah masa dalam pkr lim guan eng ni tak bagi pegang duit banyak, orang tua mana boleh pegang duit banyak kata haji bakhil.

Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) turut mengemukakan tiga usul, antaranya syor agar had laju di lebuh raya dinaikkan kepada 130 kilometer sejam. tak ada usul sangat sebab pening kena sembahyang hajat yang belum tamat lagi, projek sembahyang hajat terpanjang didunia sedang diusahakan oleh pemimpin pas perak. ini boleh dimasukkan dalam world of record, sembahyang sunat hajat terpanjang didunia. tak kena hari ini kena esok yang pasti pembalasan allah tetap kena kepada yang menjual maruah. tapi sekarang tuhan bayar tunai aje kat manusia tak tangguh tangguh macam dulu.


Seorang lagi ahli Parlimen Bebas yang baru ialah Tan Tee Beng (Nibong Tebal), manakala tiga yang sedia ada ialah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Sepanggar). nampaknya ketua mp dua alam tak banyak memberikan usul kerana tak sempat menulis kerana sibuk berdemo baru baru ini. lagipun dia kan ada projek dengan vincent tan, sibuk nak membina kasino kot kat pasir mas.

Semua tujuh ahli Parlimen Bebas berkenaan ditempatkan di bahagian belakang Dewan di Blok F. mp dua alam telah diletakkan dibahagian belakang kerana maklum ajelah musim panas sekarang kena buat lopak air dalam dewan kalau tak mati katak katak ini. lagipun kalau duduk depan depan mesti kena booo dengan mp pembangkang. bestnya jadi katak katak banyak duit berkepuk kepuk, kerja senang aje jual maruah dan jual semuanya asalkan boleh buat duit

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP