welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 15, 2010

jangan terpengaruh dengan amalan sunnah yg tidak jelas

jamil khir menteri dijabatan perdana menteri memerangkap senator yang dilantik oleh najid telah berkata bahawa amalan sunnah yang tidak jelas perlu dijauhi. beliau mengulas tentang pernikahan bawah umur mengikut amalan undang undang sivil bukannya undang undang islam. jika cukup saksi dan wali pernikahan yang dimaksudkan oleh jamil khir adalah sah, tetapi jika terdapat elemen paksaan atau ditipu barulah perkahwinan yang dimaksud tidak sah. jamil khir bekas pengarah kagat hanya mengulas kes kes terpencil, baru ini mengulas tentang solat hajat oleh umat islam kepada umat islam, apakah salahnya mengadu salah laku manusia yang sebangsa dan seugama yang telah lari untuk memohon allah mengajar manusia yang ingkar ini. mengadu kepada allah lebih baik dari terus mengadu sesama makhluk yang lemah ini.


kalau amalan sunnah tidak jelas perlu dijauhi, oleh itu jamil khir perlu mendekatkan amalan sunnah nabi yang sangat sangat dituntut dalam islam, mencegah kemungkaran dan beramal soleh. kenapa kebanyakan sunnah nabi yang dilanggar oleh makluk yang bernama islam tidak ditegur oleh jamil khir, kenapa memilih untuk menegur, banyak benda yang dilakukan oleh kerajaan malaysia tempat jamil khir mendapat nama, pangkat dan kuasa tidak ditegur oleh jamil khir. kenapa apabila bertentangan dengan amalan sunnah nabi yang jelas terang dan nyata jamil khir masih kelu diam membisu. apakah jamil khir berubah watak jika kerajaan yang melakukannya. tegur kerana bermakna pendek rezeki.


banyak amalan amalan kerajaan yang bertentangan dengan sunnah yang jelas tapi jamil khir masih lagi diam membisu, membuat ulasan kes kes terpencil, kes kes yang tidak melibatkan kerajaan. kenapa jamil khir membisu dalam kes kes jomheboh yang terang terang melanggar syariat nabi. tetapi jamil khir memilih untuk membisu. sunnah jelas dan terang jelas tidak diikuti sebab itu manusia terus hanyut kerana ada manusia seperti jamil khir, menegur hanya untuk kepentingan diri sendiri dan tempat mencari makan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP