welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, March 11, 2010

terengganu dilanda gegaran

ditasik kenyir semalam berlaku gegaran 2.6 skala richter pada pukulm 11.10 malam tadi.mungkin dari kesan gegaran tersebut angin kencing dan hujan lebat mengiringi melanda bandar kuala terengganu sekarang. bumi terengganu sudah menunjukkan tanda tanda sudah tidak selamat dari gegaran. apakah bangunan bangunan atau rumah rumah yang dibina diterengganu apakah mengikut skala menahan gegaran yang berskala rendah. dua puluh tahun dulu tidak pernah berlaku gegaran di terengganu, sekarang kemaharan tuhan telah sampai ke terengganu.


jika empangan kenyir mengalami gegaran kecil atak berskala sederhana apakah tembok tebal penahan air empangan masih kukuh menahan air yang mengunung banyaknya. dulu sebelum tahun 90an kajian mendapati jika empangan kenyir pecah airnya akan sampai ke bandar kuala terengganu dan akan menenggelamkan terengganu hampir keseluruhannya. jika pihak kerajaan negeri terengganu mengambil tidak cakna kepada pekembangan semasa, ini bermakna terengganu akan tenggelam sedikit masa lagi. mungkin semasa pembinaan gegaran akibat gempa bumi tidak diambil kira kerana waktu itu terengganu tidak pernah mengalami gegaran seperti semalam.
gegaran ini mungkin terjadi dari kesan pembalakan haram atau halal yang berpusat dikenyir telah dilakukan secara berskala besar. dengan keadaan mukabumi yang terus menerus menerima kesan pembalakan akan menyebabkan tanah mendap dan gunung ganang yang ada ditarah untuk kegunaan pembangunan. kerajaan negeri terengganu perlu berbuat sesuatu demi kesejahteraan rakyat terengganu. kalau tidak terengganu akan tinggal dalam kenangan. menepati impian mantan mb derisi bahawa bandar pesisir air atau bandar dalam air.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP