welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, March 10, 2010

PRU yg ke13 apakah PR sudah bersedia?

Apakah pru yang ke 13 akan menyaksikan pakatan rakyat akan lebur. apakah teori dan praktikal yang diamalkan oleh bn akan berkesan kembali seperti mana berlaku pada tahun 2004. Bn pada tahun 2004 amat gagah perkasa, hampir semua tempat bn belasah pembangkang, maharaja pak lah amat berkuasa, pak lah adalah segalanya. pak lah meneruskan agenda mementingkan kroni dan anak beranak, akhirnya dinasty paklah and the family tumbang dengan hina dina. 5 buah negeri tumbang, di pulau pinang koh su koon disepak jatuh dari kerusi ketua menteri, di selangor, khir joyo diterajang penuh hina, diperak tajol rosli disekeh, dan dikedah mahazir dipulas telinga untuk turun menjadi pembangkang. suasana menjadi seolah olah kiamat bagi umno, sampaikan tajol menangis berhari hari tanpa mahu berjumpa dengan penyokong umno.


apakah situasi ini akan berulang pada pru 13 atau bn akan kembali gagah seperti 2004, pemimpin pakatan rakyat sepatutnya dah mula memasanbg strategi berkesan dan ampuh kalau tidak mampu menawan negeri lain tetapi masih dapat bertahan pada kadar sekarang dah seribu rahmat kepada rakyat. dalam keadaan bn tidak mempunyai kapasiti 2/3 dari ahli parlimen, banyak tindakan bn nak menjahanamkan rakyat masih dapat disekat separuh atau suku. sekurang kurang bn tidak boleh berlaku kurang ajar sangat kepada rakyat.


melihat kepada keadaan sekarang, orang bukan melayu dah beransur ansur kembali kepada bn kerana melihat keadaan bn yang semakin mesra dengan rakyat bukan melayu. banyak sudah perkara yang dilakukan oleh najid and the gang untuk terus menarik pengundi bukan melayu kembali mengundi bn dimasa akan datang. aliran semangat untuk menjatuhkan bn tidak sekuat dulu, bn pada waktu sekarang hanya nazak dimata pakatan rakyat tetapi dimata rakyat bn masih lagi berupaya melakukan come back. bn mungkin kembali mendapat kepercayaan rakyat jika pemimpin pakatan rakyat terus menerus bertelagah sesama sendiri, bukan bn yang menjadi tumpuan sekarang tetapi pemimpin pakatan rakyat. terus bercakaran menegak keadilan untuk diri sendiri bukannya keadilan untuk rakyat.


rakyat mungkin ada setengah akan faham ketidakupayaan ahli adun atau ahli parlimen untuk memberikan khidmat yang terbaik kerana terdapat halangan dan kekangan ciptaan bn. mp dan adun dinafikan peruntukan untuk melaksanakan apa jua pembangunan dan kebajikan kepada pengundi dun dan parlimen. jika tiada kecekapan pemimpin menangkis serangan ini, rakyat percaya hanyalah bn menjadi pembela rakyat bukannya pakatan rakyat yang handal berceramah di pentas ceramah bukannya handal dalam alam realiti. rakyat bukan melayu mulai menilai kemampuan adun atau mp dalam memperjuangkan hak rakyat bila berdepan dengan bn, bn sudah mulai memasukkan jarum halus yang penuh racun berbisa yang boleh bila bila masa membunuh kepercayaan rakyat kepada pemimpin pakatan rakyat.
masa sudah sedikit yang ada, pakatan rakyat kena memperbetulkan haluan bukannnya mengkritik sesama sendiri diatas hal hal yang remeh temeh, kepentingan peribadi hendaklah dibuang jauh jauh, perjuangan hak hak rakyat hendaklah digerakan dari sekarang. bn dan mulai sedar dan bangkit memberikan madu bercampur racun kepada rakyat. dikelantan pakatan rakyat akan berdepan dengan duit ehsan. di penang akan didendangkan kemunduran kaum melayu yang tercicir kerana dap tidak mengambil kisah tentang kaum melayu. diperak akan dicanangkan bagaimana mb nizar menderhaka kepada sultan. di selangor akan dijaja cerita betapa jahatnya mb menekan yayasan basmi kemiskinan hak orang melayu, dikedah akan dilagakan pkr, dap dan pas kerana tidak kemampuan mb memerintah kedah. isu isu akan terus dicipta dan akan dikembangkan menjadi fitnah. fitnah boleh menumbangkan kerajaan dengan sekelip mata. demi masa depan, pemimpin pakatan rakyat kena rapatkan saf mulai sekarang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP