welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 9, 2010

kerajaan pakatan gagal - kerajaan BN berjaya tipu

Muhyidin berkata kerajaan pakatan rakyat boleh dianggap gagal kerana ketidakupayaan mengumumkan kepada rakyat program yang telah dijalankan dalam tempoh 2 tahun mereka berkuasa. dalam masa dua tahun saja muhyidin dah boleh mengandaikan bahawa kerajaan pakatan rakyat gagal tidak seperti umno yang berjaya membaik pulih ekonomi palsu dalam masa setahun lebih selepas najid mengambil alih kekuasaan dari tangan paklah. dua tahun dah boleh ukur gagal atau berjaya sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. oleh kerana pakatan rakyat gagal di 4 buah negeri mereka perintah, kita tengok apa kejayaan umno sebagai kerajaan pembangkang di putrajaya.


kejayaan pertama umno adalah menaikkan harga gula, dengan alasan banyak makan gula akan menyebabkan rakyat malaysia kencing manis. dengan kenaikan 20 sen setiap sekilo menyebabkan raja gula yang baru meraih keuntungan hampir 1 billion diatas kenaikan harga gula. raja gula lama telah mengundur diri kerana sudah dihinggapi penyakit kencing manis kerana terlampau lama menjadi king of sugar. umno berjaya menaikkan harga gula dalam masa 2 tahun sahaja dalam memerintah negara malaysia.


kerajaan pembangkang umno berjaya menipu rakyat malaysia dengan membeli ron minyak baru dan berjaya menaikkan harga petrol dalam 5 sen setiap liter petrol yang diisi oleh rakyat malaysia. kejayaan umno berjaya mengumumkan kenaikan 5 sen harga minyak kerana minyak baru lebih berkuasa dan umno amat prihatin kepada rakyat malaysia yang sudah lama menikmati subsidi minyak yang selalu diwar warkan oleh media massa. oleh kerana mahu juga menaikkan harga minyak jalan mudah kerajaan umno ialah dengan mengumumkan penukaran ron yang lama kepada ron yang baru. dengan mudah umno berjaya menaikkan harga minyak walaupun dengan harga 5 sen cukup untuk mengutip berbillion billion.



Kerajaan pembangkang umno juga berjaya mengurangkan bujet untuk kementerian pelajaran malaysia sebanyak 2 billion. banyak aktiviti yang berjaya umno kurangkan dalam masa 2 tahun, pelajar pelajar yang duduk diasrama akan dihalau pulang setiap hujung minggu kerana kejayaan umno mengurangkan bujet untuk kementerian pelajaran. mak ayah pelajar yang menanggung kerugian kos dan masa kerana terpaksa setiap petang hujung minggu bermula mak ayah akan berduyun duyun kesekolah mengambil anak masing untuk dibawa pulang. tiada peruntukan untuk pelajar semasa cuti hujung minggu. cikgu yang mengikuti kursus hanya perlu makan nasik bungkus dan kursus diadakan dalam khemah tidak lagi di dalam hotel yang lebih selesa kerana kejayaan kerajaan umno memotong bujet kementerian pelajaran malaysia.


kejayaan umno diteruskan lagi dengan memperkenalkan model ekonomi baru (MEB) yang diilhamkan oleh tok jid dibawah bayang cikdet yang masih gila nak menjadi PM. MEB berjaya memperkenalkan cukai GST yang mana gst akan membolehkan kerajaan umno berjaya menekan setiap kepala rakyat malaysia dengan mengenakan semua cukai tidak kira barangan mewah dan juga barangan keperluan seharian rakyat malaysia.cukai gst akan dikenakan dari kepala sampai ke ekor. maknanya kerajaan pembangkang umno akan berjaya mengutip berbilion rm masuk ke akaun kerajaan umno. dan bolehlah umno menjahanamkan kembali duit cukai atas alasan pembangunan.


kerajaan umno berjaya membina satu kereta formula one dengan bujet 1 billion lebih, walaupun rakyat parah menderita kerana bujet kebajikan dikurangkan, kerajaan umno berjaya juga membina satu pasukan pelumba untuk beraksi di pentas formula one. ini adalah idea mantan pm cikdet kerana tidak sempat merealisasikan ideanya semasa pak lah berkuasa. dan apabila najid berkuasa, mahu tidak mahu najid terpaksa mengikut idea ini kerana terhutang budi kepada cikdet yang bersusah payah menjatuhkan pak mertua khairy.
kejayaan umno akan diteruskan lagi dengan menaikkan harga minyak bagi membendung pembelian petrol rakyat asing dimalaysia, berapa juta gelen petrol yang rakyat asing membelinya dimalaysia. apabila harga minyak berjaya dinaikkan oleh kerajaan umno, tarif elektrik juga akan dinaikkan tidak lama lagi. kertas kerja untuk menaikkan tarif elektrik sudah lama berada di dalam tangan kabinet hanya menunggu masa yang sesuai untuk menaikkannya kerana kenaikan harga petrol walaupun elektrik dijana menggunakan arangbatu dan juga hidro elektrik.


begitu banyak kejayaan kerajaan umno yang telah dibina dalam masa dua tahun diberikan kekuasaan oleh rakyat malaysia. kerajaan umno terus akan berfikir bagaimana mahu terus mendera dan membelasah rakyat malaysia. banyak lagi kejayaan umno dalam masa singkat memerintah malaysia. ini hanya beberapa contoh kejayaan umno dalam menandingi kegagalan pakatan rakyat memerintah dinegeri negeri bawah kekuasaan mereka. terajang umno rakyat akan senang lenang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP