welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 30, 2010

tabung haji ke tabung kerajaan umno

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari malaysia pergi ke mekah setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Mekah . Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci mekah.


Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.


itulah serba sedikit tentang tabung haji, tapi hari ini tabung haji dijadikan tempat mencipta wang sebanyak mungkin. menekan kepala jemaah jemaah atau bakal bakal haji untuk pergi menunaikan haji dikaabah. tabung haji lagi bukan lagi tempat perkumpulan duit jemaah jemaah tetapi dijadikan tempat mendapatkan untung yang amat besar kepada tabung itu sendiri. hasrat engku aziz nak menolong rakyat islam yang miskin pergi menunaikan haji dah disalahgunakan oleh pemegang pemegang amanah ditabung haji.


tabung haji sudah ditukar otaknya oleh pemegang saham dan juga pemerintah umno, dari hasrat menolong umat islam dimalaysia yang miskin telah dijadikan tempat untuk mengaut keuntungan, saban tahun akan ada kenaikan kos yang mana tabung haji lebih mementingkan keuntungan dari menolong umat islam yang miskin yang mahu pergi ke mekah menunaikan rukun islam ke lima. keadaan ini telah dimanupilasikan oleh umno dengan menjadikan tabung haji tempat mereka mendapatkan untung. tahun ini tabung haji mensasarkan keuntungan sebanyak 1 billion bermakna tambang menunaikan ibadat haji akan dinaikan oleh tabung haji. apakah kepentingan keuntungan kepada penabung penabung jika kos menunaikan haji akan dinaikkan kerana tabung haji dikatakan tidak mampu menangung kos, tapi yang peliknya masih lagi untung 1 billion.


dimanakah lagi prinsip asal yang di mahukan oleh pencetus ideanya prof engku aziz, yang pasti prof engku aziz telah menangis melihat keadaan ini, tabung yang diilhamkannya untuk menolong umat islam dimalaysia menunaikan haji dimekah sudah dijadikan barang dagangan oleh tokoh tokoh korporat. yang pasti setiap tahun tabung haji pasti untung. penabung hanya makan serdak serdak yang diberikan oleh tabung haji selepas menolak zakat kata mereka, wang tabung haji akan digunakan oleh pemimpin umno dalam mentadbir negara. umat islam yang nak mekah akan diperah secukupnya, hasrat awal penubuhan tabung haji sudah terbatal dengan sendirinya. inilah malaysia ku.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP