welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 30, 2010

bahan bahan buangan dalam pkr

Keadaan politik semakin panas dalam dewan parlimen, semalam wee choo keong (pkr-wangsa maju) membidas pemimpin pkr, nampaknya pkr dah menjadi tempat puak puak bahan bahan buangan dari parti dulu yang mereka anggotai melepas geram. kali ini wee menggelar mereka little napoleon selepas zul kulim memberi gelaran firaun kecil, hebatnya kedua dua ahli parlimen ini, wee adalah bahan buangan dari dap yang dikutip kembali oleh pkr untuk menjadi ahli pkr dan menjadi mp di wangsa maju, zul kulim adalah bahan buangan dari pas selepas majlis syura pas tidak meluluskan percalonan zul kulim untuk menjadi mp, pkr juga mengutip bahan buangan pas ini. zahrain mp bayan baru juga barang buangan dari umno dan pkr ambik juga menjadikan dia sebagai perhubungan negeri dan mp bayan baru.


ketiga tiga bahan buangan ini dari ketiga tiga parti yang telah lama terlibat dan mewarnai politik tanahair, ketiga tiga makhluk ini telah tidak dipercayai oleh parti lama mereka. mungkin atas dasar bersangka baik, pihak dap dan pas tidak mengemukakan bantahan apabila pkr mengambil mereka menjadi calon pru dalam menghadapi umnodan barisan nasional. dan apa yang ditakuti oleh pihak parti lama mereka sudah menjadi semakin terang dan jelas nyata. ketiga tiga bahan buangan ini menjadi beban yang amat sukar dipikul oleh sesiapa sahaja. jiwa mereka amat sinonim dengan umno sebenarnya , walaubagaimana mereka menyembunyikan rupa mereka satu hari akan terdedah rupa mereka sebenarnya.

cuma mp bayan baru saja amat disukai oleh parti lamanya, umno bergembira kerana berjaya mengeksport budaya umno ke dalam pkr, jika tiada wang dan kuasa pemimpin itu tiada nilainya, zahrain telah membuktikan bahawa hanya pangkat, wang dan kuasa adalah impiannya bukannya untuk berjuang bersama sama rakyat dalam menghadapi umno. umno gembira melihat bekas anak didiknya berjaya memporakperandakan pkr dari dalam. mungkin umno akan menerima zahrain kembali tapi hanya setakat untuk menamatkan tempoh penggal pru ke 12 berakhir, selepas ini kembali menjadi sampah. bergembiralah untuk sementara waktu bahan bahan buangan.

dalam dewan, hampir sama skrip lakonan mereka, semua membicarakan kegagalan 16 sept, apakah mereka ini dijanjikan habuan lumayan jika kerajaan 16 sept berjaya dilaksanakan. hasrat menggunung mereka rupanya tidak kesampaian, mereka merancang allah merancang, perancangan allah lebih baik. kegagalan kerajaan 16 sept dapat menjelaskan sikap dan rupa mereka yang sebenarnya. selepas gagal menakluk putrajaya pada 16 sept, mereka semua kembali kepada kejadian asal, dulu mereka sampah kepada parti lama sekarang mereka menjadi sampah kepada pkr pula, pkr terpaksa membeli penyapu besar lebh besar dari penyapu khir toyo untuk menyapu sampah sampah ini. semoga tiada lagi bahan bahan buangan dalam pkr. semoga calon di hulu selangor bukan lagi bahan bahan buangan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP