welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 30, 2010

apa malang nasib negeri terengganu - umt runtuh

dalam pukul 5 petang Lantai di tingkat tiga sebuah bangunan milik Universiti Malaysia Terengganu yang sedang dalam pembinaan dekat Gong Badak, Terengganu, runtuh lewat petang tadi mengorbankan seorang pekerja binaan. berlaku lagi keruntuhan di negeri terengganu daruliman, mungkin negeri terengganu sekarang berada dalam grid berlaku gempa bumi yang berskala rendah sepertimana yang berlaku di kenyir tempohari, nasib baik bangunan belum siap sepenuhnya lagi dah runtuh kalau tidak mungkin berpuluh puluh mangsa terbunuh atau cedera parah kerana dihempap binaan yang amat berat. sudah banyak siri berlaku keruntuhan di terengganu. mungkin ini rahmat kata exco pembangunan terengganu atau malapetaka kepada rakyat terengganu.


apalah malang rakyat negeri terengganu, semua yang dibina akan menyembah bumi, apakah bumi terengganu bukan lagi negeri orang orang yang beriman. inilah kali pertama binaan roboh di terengganu melibatkan nyawa, seorang dah terbunuh dan ada lagi yang tercedera. apakah selepas ini akan ada lagi keruntuhan yang akan melanda negeri terengganu. apakah perlu dilakukan solat hajat untuk mengelakan trajedi buruk berulang dan melibatkan nyawa yang lebih ramai. bagaimanakah pembinaan lain, binaan ini telah dipantau oleh jkr. pemantauan kepada banyak binaan lain adalah perlu dilakukan dengan segera untuk mengelakkan trajedi yang sama berulang lagi. adakah kerana projek ini tidak dikawal selia dengan baik atau kerana takdir?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP