welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, March 31, 2010

pas nak masuk umno - kerajaanggg perpaduanggg?

ratib, zikir tahmid dan bertasbih menyebut kerajaangg perpaduangg, setiap jam, setiap minit, setiap saat, akhirnya ditiupkan angin fitnah ke dalam telinga telinga penyokong dan ahli pas yang mursyidul am pas akan disingkir atau tidak dilantik, dipecat dan sebagainya. khabar angin adalah lebih benar dari berita rasmi, selepas TGNA dilantik, timbul masalah kedua dan ketiga, mereka penentang kerajaangg perpaduangg mengalih tumpuan kepada ust haron din yang dikatakan melanggar disiplin parti. apakah ada bukti yang mengatakan ust haron din masih melanggar disiplin parti selepas keputusan mesyuarat pas bersidang mengenai kalimah allah. apakah bukti yang menyatakan ust haron din terus menerus melanggar disiplin parti selepas keputusan mesyuarat atau fitnah yang melingkari batang tubuh ust haron din. tiada satu bukti yang menunjukkan ust haron din terus membelakangkan keputusan mesyuarat. ada bukti tunjukkan

khalid samad yang dijadikan dewa oleh penentang kerajaangg perpaduangg boleh dianggap melanggar disiplin parti kerana khalid samad masih lagi memberikan kenyataan kepada akhbar atau blogger, khalid samad dah terang melanggar arahan badan disiplin masih dipertahankan. inikah dinamakan kerajaan 16 sept. apakah kerajaan 16 sept mengemukakan bagaimana ia akan ditadbir seperti kerajaangg perpaduangg? tiada kertas kerja yang menunjukkan bagaimana kerajaan 16 sept ini akan ditadbir apabila berkuasa tetapi mendapat sanjungan daripada penentang kerajaangg perpaduangg. hebat sangatkah kerajaan 16 sept yang hanya bersandarkan kepada pelompat parti yang mana maruah pelompat parti setaraf dengan orang mabuk yang bersandar didalam longkang yang hanyir. tapi pelompat parti diraikan seperti yang terjadi diperak, diberikan sambutan seolah olah panglima perang, akhirnya pelompat parti ini melompat dan menarik lagi 3 ekor makhluk untuk bersama samanya meruntuhkan kerajaan pakatan rakyat perak.

buktikan tghh dan nasharudin nak membawa pas masuk umno sepertimana kata kata penentang kerajaangg perpaduangg. bukti bertulis atau jangan bercakap lebih laju dari angin, suara macam guruh tapi tiada juga hujan yang turun, dah menjadi penyokong pas dari semenjak zaman yusof rawa lagi, dah merasai pahit maung bersama barisan nasional. diatas pengalaman pahit maung bersama umnolah penentang kerajaangg perpaduangg mengungkit benda benda bodoh, semasa pas masuk umno dulu masih ada lagi parti pembangkang, tetapi kerajaangg perpaduangg yang dilontarkan untuk hanya beberapa tempoh sah lakunya, ada jangkamasa, selepas keadaan ekonomi pulih, kerajaan dan pembangkang akan kembali bermufarakah. apakah ini dimanakan nak masuk umno.

penglibatan semua pihak dalam pakatan pembangkang tak kiralah PKR, DAP atau PAS dan juga termasuk bebas bergabung membentuk kerajaangg perpaduangg. langkah langkah ini telah dipersetujui juga oleh nuar berahim, yang tak bersetuju hanya tulangbesi, taskforce13, ulama kepala lutut dan puak puak usrah barbican di tepi longkang. agenda mereka lebih menjurus kepada merosakkan pas dari dalam dan memusnahkan apa yang ada dalam pas. mereka akan mempergunakan apa saja yang ada dalam pas yang mungkin terpengaruh dengan tulisan dan propaganda yang mereka anjurkan. setiap hari akan berkemundang lagu negara kerajaangg perpaduanng. dan wajib kepada penentang bangun untuk menghormati lagu penentang kerajanng perpaduangg.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP