welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, March 31, 2010

pas dan umno nak berpeluk?

selepas keputusan pru ke 12 diumumkan 5 kerajaan negeri tumbang dan barisan nasional gagal mempertahankan majoriti 2/3 dalam parlimen. umno dan barisan nasional kebingungan dengan keadaan ini, pakatan rakyat terkejut dengan memiliki 5 kerajaan negeri. diwaktu ini usaha usaha mendekatkan diri umno kepada pas berlaku. berbagai cara umno gunakan untuk mendekatkan diri kepada pas, dan pas bijak menggunakan keadaan ini yang mana umno sedang luka parah kerana kegagalan mempertahankan 5 negeri dan hampir gagal membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.


perjumpaan pertama pas dengan umno berlangsung selepas keputusan pilihanraya umum yang ke 12. turut sama hadir dalam pertemuan itu, ust nasharudin, mustafa ali dan juga khalid samad mp shah alam. dan pertemuan ini telah dilaporkan kepada majlis syura ulamak pas dan juga jawatankuasa mesyuarat pas pusat. khalid samad sendiri hadir dalam perjumpaan pertama dengan umno, ia merintis jalan kepada perjumpaan kedua, dan majlis syura ulamak pas telah sebulat suara menyokong presiden, timb. presiden, setiausaha agung pas dalam usaha yang bersungguh sungguh dalam menyatupadukan umat islam dan rakyat malaysia berlandaskan islam.


dari titik tolak inilah usaha usaha menjahanamkan pas bermula, kisah ini di angkat menjadi satu hikayat yang lebih panjang dari hikayat 1001 malam. benda yang sama diulang ulang, seolah seperti ada timing untuk terus melagukan hikayat ini. yang menjadi tandatanya kenapa nama khalid samad yang dikatakan suci tidak disebut lagi dalam perjumpaan dengan umno. bukan kah khalid samad pernah mendedahkan bagaimana khir toyo menuangkan air kepada beliau berkali kali dalam pertemuan umno dan pas selangor, kenapa berita ini disapu dibawah karpet, mari kita selongkar apa yang ada dibawah karpet mereka....

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP