welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, March 31, 2010

benarkah pas adalah sebahagian daripada UMNO?

apakah parti islam semalaysia (PAS) adalah bermula dari dalam umno seperti yang digambarkan oleh setengah periwayat sejarah malaysia. benar atau tidak pas wujud akibat dari sebilangan ulamak ulamak dalam umno keluar dan membentuk parti islam semalaysia. apakah pas ini wujud sebelum umno, atau pas wujud dahulu sebelum umno. periwayat periwayat sejarah mengatakan bahawa pas wujud akibat perasaan yang tidak berpuashati dengan golongan bangsawan yang ada dalam umno.



benarkah pas adalah sebahagian daripada umno, atau ini hanyalah sejarah yang diputarbelitkan agar dapat menunjukkan bahawa pas ini dulunya juga umno. Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

dalam sejarah pas tiada disebut ulamak ulamak dari umno yang keluar dari parti umno menubuhkan parti islam semalaysia pas, jadi dimanakah bermula pas adalah sebahagian daripada umno. tiada satu pemimpin pas yang mula membentuk parti islam semalaysia pas adalah pemimpin utama umno. atau fakta fakta sejarah ini diselewengkan dengan mudah kerana rakyat tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. umno telah berjaya mengubah sejarah malaysia dengan jayanya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP