welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 19, 2010

monolog dan kenangan petang jumaat

Hujan mencurah lebat ke bumi terengganu darul iman, setengah tempat dilanda ribut, aku menyusuri tepi pantai tempat tambakan lapangan terbang, aku sudah biasa dengan kawasan ini semenjak dari persekolahan, tiada banyak yang berubah cuma, penambakan laut dijadikan lapangan terbang yang memanjang ke dalam laut, batu batu besar menjadi penahan pemandangan indah selepas hujan. tiada lagi lambungan ombak yang tinggi yang memuntah buih ke pantai. ramai pemancing tegar meneruskan usaha untuk menaikkan ikan, ramai rakyat terengganu hadir di tepi pantai untuk menikmati makan makan ringan ikan celup tepung, sotong celup tepung, jagung bakar, keropok, air kelapa dan ada deretan kedai baru yang dibina oleh majlis bandaraya terengganu. inilah negeri ku.



esok mampat dan gegar kedua badan ngo akan menyambut kepulangan YDPA al tuanku mizan dan akan menyerahkan dua memorandum tuntutan royalti minyak, banyak blog blog menyiarkan banner tentang upacara menyambut tuanku sultan dengan dihadiri oleh 10000 peserta ngo ngo yang mana sama sama menuntut royalti minyak kembali dibayar kepada kerajaan terengganu. apakah mampat dan gegar mampu mengumpulkan 10,000 rakyat dinegeri terengganu yang akan hadir esok? aku salah seorang yang tidak hadir sebagaimana aku hadir semasa menyambut kepulangan tuanku semasa perlantikan mb mat said dalam kemelut politik umno yang amat meruncing.



kenapa aku tidak hadir, aku rasa upacara sebegini membazir masa pas dan ngo ngo, lebih baik usaha usaha kearah lain yang lebih memberi faedah kepada rakyat terengganu dapat digerakkan oleh mampat atau gegar. daripada mengharapkan apa yang tidak akan menjadi kenyataan dan apabila royalti minyak kembali ke terengganu ia akan menjadi senhata baru umno dalam menghadapi pilihanraya ke 13 untuk menewaskan pas, ada duit semua boleh jadi. bagi aku semua ini adalah sepatutnya menjadi kerja kerja umno yang mana umno terengganulah yang menjual negeri ini kepada umno pusat. umno terengganu yang bangang menjual hak negeri sendiri. jadi umno kena bertanggungjawab dengan apa yang telah dibuatnya.



ngo ngo mampat dan gegar akan berhadapan dengan Fru dan polis. amaran dari ketua polis negeri terengganu (bukannya ketuapolis.blogspot.com) jika amaran sudah diberikan bermakna tindakan akan diambil. dan rakyat terengganu akan berhadapan dengan polis dan fru esok. bukan takut untuk bermandi air asid dan kenyang dengan asap bom pemedih mata, tapi aku rasakan kerja kerja ini membazir tenaga dan waktu. Dan aku percaya hanya penyiokong pas, ahli pas dan pemimpin pas yang hadir dalam himpunan esok, pemimpin umno hanya hadir kerana terpaksa kerana majlis rasmi menyambut kepulangan YDPA Tuanku Mizan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP