welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 19, 2010

salah guna kuasa dan rasuah puncanya duit ehsan - betul ke?

Ku li ahli parlimen gua musang, dulu kini dan selamanya. ku li mengatakan bahawa duit ehsan punca rasuah dan salah guna kuasa. betul ke kenyataan ini, yang sebenarnya salah guna kuasa dan rasuah adalah darah daging umno, jangan salah duit ehsan. kenyataan yang sengaja di spinkan oleh ku li untuk menunjukkan beliau bersih dan bersama sama rakyat. bagaimana skandal skandal lama dulu, bmf, adakah dulu wujud wang ehsan. kenyataan ku li adalah untuk menutup kejahatan umno yang sememangnya jahat sampai ke akar umbi. sebelum wang ehsan wujud pun umno sememangnya salahguna kuasa dan rasuah.



rasuah dan salahguna kuasa ada amalan sebati dengan parti umno, tiada umno barulah tiada salahguna kuasa dan rasuah. kenyataan ku li hanya lah untuk membuatkan pendengar pendengar ucapan beliau di TER terpukau kerana kebersihan beliau dalam menghadiri program mampat dalam usaha menuntut royalti minyak milik kerajaan negeri terengganu. zaman wan mokhtar bekas mantan mb terengganu yang paling lama dapat bergayut di kerusi mb, juga berlaku salahguna kuasa dan rasuah, banyak kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dilakukan semasa pemerintahan wan mokhtar. apakah zaman wan mokhtar terdapat duit royalti adalah zaman kebersihan umno dan zaman mb deris adalah zaman korupsi umno. itu hanyalah helah ku li dan memperlihatkan bahawa umno itu bersih sewaktu ada duit royalti.



zaman mahathir memerintah malaysia apakah tidak berlaku salahguna kuasa dan rasuah, menyelamatkan anak anaknya dari bangkrap, memaksa kwsp dan tabung haji membayar hutang hutang anaknya dalam bisnis perkapalan yang menuju kebangkrapan. itu tidak salahguna kuasa mahathir. kenapa blogger masih menulis tentang kebaikan umno yang sepanjang 50 tahun pemerintahannya adalah zaman yang penuh dengan salahguna kuasa dan rasuah. rasuah untuk mendapatkan projek projek dari kementerian sebelum duit ehsan wujud telah berlaku. apabila umno bercakap diatas pentas umno, tiba tiba pemimpin umno yang juga korup menjadi imam yang alim dan tawadduk.



puji memuji berlaku sepanjang program menuntut royalti minyak. pemimpin umno goyang kaki menunggu hasil kerja mampat. sebanyak mana duit royalti yang dikembalikan, pemimpin umno dan kroni yang mendapat laba dan pemimpin pas dan ngo mampat akan mendapat bala. percayalah pemimpin umno tidak pernah tidur untuk mengjahanamkan pas seluruhnya. kalau pas musnah baru pemimpin umno dapat tidur dengan aman dan dapat bermimpi indah bukannya mimpi mimpi ngeri yang menganggu sepanjang mereka tidur. hentikalah pujian kepada ku li. ku li tetap umno sehingga ke akhir hayat beliau, krisis royalti adalah strategi umno mengalih pandangan pas dalam usaha untuk mengembalikan pemerintahan pas di terengganu. dikelantan ku li ditugaskan membuai buai pemimpin kelantan yang amat bangga dengan ku li. ku li adalah umno yang sepatutnya pas faham. umno tidak pernah lihat pas sebagai kawan tetapi lawan yang harus atau wajid dimatikan.



pas negeri terengganu sepatutnya sudah berhenti berbicara tentang royalti sehingga berjaya kembali ke tampuk pemerintahan, jangan pas terengganu terus dibuai oleh kenyataan kenyataan mendodoi oleh ku li. pas terus hanyut dalam mimpi indah yang dicipta oleh umno menerusi ku li. umno mempunyai 1000 senjata yang boleh menolak apa jua kenyataan ku li, oleh sebab itu umno tidak memecat ku li walaupun nampak berlawanan dengan kenyataan pemimpin umno yang lain kerana ada agenda tersembunyi yang dibuat oleh umno dalam usaha menentang pengaruh pas. umno dah menggunakan prinsip jika tak mampu menentang kita hendaklah berkawan dengannya, bila dah termakan umpan umno, maka umno dengan mudah akan berjaya membunuh pas dengan mudah kerana sudah ada rangkaian dalaman yang memberi segala pintu pintu rahsia dalam pas. pas akan terkorban lagi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP