welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 19, 2010

monolog seorang aku - penyokong pas 2

...... setiap hari jumaat aku akan mula berkunjung ke surau untuk mendengar kuliah agama, terdapat juga kitab mastika hadith yang diulas dan diterjemahkan isi kandungan. kitab ini adalah kitab keluaran kerajaan malaysia. 3 kitab akan dibaca dalan kuliah yang berlangsung sepanjang 2 jam sebelum solat jumaat bermula, pendengar terdiri dari orang orang pencen, orang muda seperti aku hanya 5 hingga sepuluh orang, orang muda tidak berminat dengan kuliah agama kerana sesiapa yang hadir kekuliah ustaz awang jidin akan menerima nasib yang buruk, hak warnanegara akan dinafikan. yang bersekolah akan dinafikan hak menerima biasiswa kerana didapati menyokong pas. ahli dun seberang takir waktu itu rashid ngah yang terkenal dengan ungkapan "insyaallah" sampaikan sudah berhenti jadi adun pun insyaallah jugak. kenapa dia terkenal dengan ungkapan itu nantilah aku ceritakan kalau masa terluang.



aku tidak pernah berminat dengan umno, walaupun aku bukan ahli pas berdaftar aku memang tak suka dan benci kepada umno. aku kira pemimpin umno adalah pemimpin yang tidak pernah jujur kepada rakyat dan pengampu pengampu umno sentiasa berkeliaran dalam masyarakat dan amat suka menyusahkan rakyat. sedar tak sedar aku mulai hadir mendengar ceramah pas, waktu itu mat sabu adalah penceramah yang wajid didengar walaupun tiap tiap malam mat sabu berceramah atas isu yang utama. kalau ceramah tok guru haji hadi berceramah di lain tempat dan tidak sama dengan tempat mat sabu, ramai rakyat terengganu memilih ceramah mat sabu. ceramah mat sabu simbol perjuangan rakyat marhaen, kutipan derma ceramah mat sabu beribu ribu dan hampir mencecah puluhan ribu ringgit malaysia, kalau mat sabu mahu seribu semalam pas mungkin memberinya kerana derma yang amat tinggi jika mat sabu berceramah. tapi mat sabu bukan mata duitan, cukup sekadar tambang dan tempat tinggal semalam sebelum bertolak pulang. minum bersama pemimpin pas makan nasik berulang ikan selayang, minum air tea o di kedai kopi. bukannya minum di kedai kopi berhawa dingin.



ceramah pas akan berlangsung setiap malam dan ada disetiap dun diterengganu. rakyat terengganu yang bukan ahli atau ahli pas tetap bersama sama dalam semak untuk mendengar amanat pemimpin pas, ini saja sumber maklumat yang sahih kepada rakyat. beratus ceramah diatur oleh bahagian pas masing masing, jadual penceramah pas amat padat dan hampir setiap malam di tapak ceramah bukannya funfair yang mengembirakan pengunjung. pemimpin pas berhadapan dengan fru dan juga provokasi sb sb yang suka membuat kacau dalam majlis. apakah puak puak pas musang tahu bahawa orang pas terdahulu lebih dahulu merasa pahit manis dalam datang mendengar ceramah, batang kayu menghiasi jalanraya dalam usaha umno menghalang ceramah. apakah pas musang tahu mereka penyokong pas di malaysia terlebih dahulu memakan asap semburan gas pemedih mata sebelum mereka berkata mereka merasa azab dalam demostrasi di kuala lumpur. penyokong pas sebelum reformasi terlebih dahulu memakan asap fru dan meminum air berasid. ini tidak pernah didedahkan dimedia massa. mendabik dada mengatakan mereka sanggup berdepan dengan fru selepas masa reformasi. pemimpin, ahli dan penyokong pas terengganu telah lama merasa azab dalam mempertahankan islam. ISA sentiasa ternganga untuk memakan pemimpin, ahli dan penyokong pas.


kononya sekarang ada operasi salam pembersihan dalam pas. pembersihan dari puak puak yang benci kepada ulamak dan perjuang pejuang yang mahukan pangkat dan kuasa. apakah dalam keadaan pas yang semakin mendapat tempat dalam hati rakyat malaysia, puak puak pas musang mahu melihat pas dipimpin oleh orang orang yang mahukan pangkat dunia dan kuasa. kenapa perjuang perjuang lama mahu disingkir diatas alasan kononnya pas kena berubah. pas dipakukan dan dipaksi diatas kalimah tauhid kenapa perlu berubah demi menjaga hati kawan kawan dalam pakatan rakyat, pas perlu tetap diatas dasar yang menyebabkan dia tetap relevan dalam apa jua keadaan pun. walaupun pas bersendirian dan tidak menggadai prinsip islam itulah yang terbaik untuk umat islam. bersambung ......

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP