welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 19, 2010

Perkasa entiti baru BN

Persidangan Perkasa yang pertama akan di dirasmikan oleh cik det, presiden perkasa berahim ali telah menjemput cik det. rupanya berahim ali telah berusaha bersungguh sungguh untuk memenangi hati hati pemimpin umno, walaupun menjemput bekas pm yang menendang beliau keluar dari umno, berahim ali dengan rendah hati dan tiada maruah terpaksa berbuat demikain kerana inilah jalan terakhir berahim ali untuk menjadi sebahagian dari pada barisan nasional. pelbagai usaha telah dilakukan oleh berahim ali yang mahu bermesra dengan barisan nasional. semua jalan menemui jalan mati. berahim ali samada by hook or by crook terpaksa merekacipta satu bentuk ngo atau pertubuhan yang mesra barisan nasional.



dan berahim ali telah menubuhkan perkasa, melalui perkasa, berahim ali dapat juga mendekati umno, sebagaimana ku li berahim ali juga hidup dan matinya adalah kerana umno. berahim tidak pernah murtad daripada umno, hati dan jiwanya adalah umno, walaupun di tendang bagai anjing kurap pun berahim tetap mesra umno. dan sekarang waktu yang amat baik kepada berahim ali, melalui perkasa berahim berjaya mendekati cik det maharaja dalam umno waktu dahulu. berahim berjaya juga menipu cik det yang telah senja, kuku dan taring sudah tumpul dan semakin nyanyuk. keadaan ini digunakan sepenuhnya oleh berahim ali.



keadaan pilihanraya umum ke 13 semakin hampir, dan berahim ali tidak lagi akan bertanding atas tiket pas di pasir mas, mahu tidak mahu dia terpaksa berjuang demi hidup matinya dalam politik setelah anjing kurap ini dikutip oleh pas. selepas dilepaskan anjing ini tetap menyalak orang yang menyelamatkannya. pas pasir mas sudah pasti akan turun dengan semangat juang yang jitu dalam usaha menjatuhkan berahim ali dari menjadi mp pasir mas. sikap khianat berahim kepada pas perlu disangah. matlamat berahim ali adalah jelas, ia mesti menjadi calon dalam pru yang 13 tetapi diatas tiket perkasa yang menjadi anggota barisan nasional.



perkasa akan didaftar menjadi parti politik dan barisan nasional telah mengubah perlembagaan mereka, yang mana parti politik yang mesra umno akan diambil menjadi ahli barisan nasional dan akan dijadikan calon dalam pru yg 13. jika berahim ali berjaya dalam mendaftar perkasa menjadi parti politik dan beliau menjadi presiden akan memudahkan beliau mendapat tiket menjadi calon, atau pun setidaknya dilantik menjadi senator seperti parti PPP, kayeas pun boleh menjadi menteri dengan merit senator inikah pula berahim ali.



misi berahim menjadi entiti umno semakin jelas, sebab itu dalam dewan persidangan parlimen berahim dilihat kurang galak menyalak kerana dia ada misi tersendiri. perancangan berahim adalah untuk masa depan dan mp mp bebas tidak nampak akan hal ini. disinilah cerdiknya berahim ali memerangkap balaci umno selamanya. ahli perkasa akan mencapai jumlah 100 ribu orang dalam permohonan dan dengan ahli seramai itu mampu memberikan kuasa berahim ali dalam membuat urusan tawar menawar dalam usaha menjadi rakan mesra umno dan menjadi calon dalam pru yg 13. perkasa akan diperkudakan oleh berahim ali untuk merealisasikan impiannya. berahim ali kan anak murid ku li.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP