welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, March 20, 2010

Majlis penyerahan memorandum

Aku menyusuri jalan ke lapanganterbang sultan mahmud. ramai orang yang berlegar legar menanti kepulangan YDPA ke terengganu, nampaknya ramai peserta himpunan rakyat terengganu untuk menyerahkan memorandum telah hadir, maklumat pembatalan majlis penyerahan memorandum nampaknya tidak sampai ke pengetahuan rakyat terengganu. ramai peserta telah hadir, nampaknya fru dan polis telah bersedia dengan kelengkapannya. jalan masuk ke dalam lapanganterbang sudah disekat. untuk mengelakkan kesesakkan yang melampau jalan telah dilencongkan.

pihak mampat sepatutnya datang ke sini dan mengwar warkan pembatalan majlis himpunan rakyat terengganu untuk menyerahkan memorandum kepada YDPA tuanku mizan. jangan biarkan rakyat terengganu ternanti nanti, kalau maklumat pembatalan di buat segera mungkin mereka ini tak datang ke lapangan terbang, menempuh kesesakan jalan menuju lapanganterbang sultan mahmud. jangan biarkan rakyat terengganu berpanas, bermandi peluh dalam memberikan sokongan kepada mampat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP