welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, March 18, 2010

skrip lakonan yang disusun

Bermulanya sidang parlimen pada 2010 ini, pelbagai skrip lakonan akan dapat rakyat malaysia ikuti. kesemua anjing yang dibeli telah bersiap sedia membaca perutusan yang akan dibaca sepanjang persidangan parlimen berlangsung. najid dengan muka tak malu memberi skrip bacaan kepada YDPA yang mana didalamnya terkandung ucapan yang memuji muji diri sendiri dan termasuk sekali isterinya yang tersayang. dalam masa 50 tahun cik det yang gila pun tak sanggup membuat dan mereka ucapan seperti itu. nuar berahim dalam ucapan sulung pun mengulas perkara ini.

kejutan yang di berikan oleh zahrain mp bayan baru telah mengejutkan rakyat malaysia, zahrain mengambarkan bahawa nuar berahim amat kemaruk menjadi pm malaysia yang keenam. TV3 yang menjadikan ucapan zahrain sebagai berita utama menayangkan ucapan itu lebih dari 5 minit. kalau mp bebas mirip kepada pembangkang tidak akan diberikan liputan seperti itu. alangkah bahagianya menjadi mp yang mesra umno, dirumah dah menanti sampul sampul yang berisi kepala agung yang bernilai jutaan ringgit malaysia. baca aje skrip dapat duit. belum termasuk lakonan lagi.kaya gila mp mp bebas dari pkr sekarang.

selepas ini siapa akan diberikan skrip terbaru, zahrain dah menyempurnakan tugasnya, yang menanti ada 2 atau 3 lagi mp bebas yang bangang. kalau dah menyeberang pun sabar sabar le sikit janganle nampak sangat gelojoh menurut kata kata tuan baru. yelah hamba sahaya, kalau tidak mengikut tuan, tuan murka nanti, susah le nak dapatkan kepala agung yang bernilai jutaan ringgit. rantai anjing telah dipasang dileher tak ikut kata tuan mesti tuan henjut kuat sikit bagi dengar kata. kuat sangat salakan mp zahrain ini sampaikan tuan yang lama terkejut sampai keluar dewan, maklumlah tuan baru banyak duit, pangkat dan boleh bagi apa saja kehendak mp zahrain, lampu aladin berada ditangan, nak apa gosok aje, keluarle jin. dan mintaklah apa saja.

selepas ini giliran siapa pula yang akan menyalak nyaring dalam dewan, dewan parlimen adalah tempat menyuarakan suara rakyat yang papa kedana, menyuarakan apa yang rakyat perlu, tapi mp mp bebas ini menyuarakan suara hatinya sendiri, mulut penuh dengan wang, ekor penuh dengan taik masih lagi menyalak nyaring. mungkin selepas ini bagan serai pulak menyalak, maklumlah tak pernah menyalak sebelum ini, rakyat malaysia boleh dengar salakan siapa yang paling kuat.

mungkin salakan yang paling nyaring adalah firaun besar. firaun besar akan mengeluarkan fatwa beliau, beliau adalah pejuang islam no wahid di malaysia, semuanya bercanggah dengan islam akan disanggah. semua fatwa ulamak akan disanggah jika fatwa firaun besar tidak selari dengannya. mungkin selepas ini kulim baharu akan menjadi betul betul baru kerana bantuan perkapita akan masuk ke akaun firaun besar, pembangunan akan mulai masuk selepas firaun besar menjalankan tugas tugasnya. firaun besar telah berhari hari membuat cubaan suara dalam menyaringkan salakan dalam dewan yang mulia itu. salakan ini akan menengelam kan suara katak dari pasir mas yang dah letih kerana gila berdemo baru ini, setelah didedahkan ada hubungan dengan vicent tan tokey judi, berahim jadi sasau kerana identiti beliau sebagai god of gambler telah terdedah, tidak lagi bersih seperti biasa. rupanya berahim menipu perkasa dengan memperkosa ngo ngo yang bersama beliau membentuk mpm.

salakan yang paling kecil adalah dari mp bagan serai, suara keramat dari bagan serai kerana ini anjing terakhir yang dibeli buat masa ini, suara salakan belum kedengaran walaupun sidang parlimen masuk tahun ke tiga. ini hari bersejarah jika suara dari bagan serai boleh didengari dari dalam parlimen. bertuahnya bagan serai kerana mp mereka mula bersuara. kalau tidak kerja tidur je dalam parlimen, setelah menjadi bebas mereka terpaksa kerja kuat, maklumlah gaji dah mahal, tuntutan dah menjadi unlimited (tiada had tuntutan) kerja keras kenalah bagi tuntutan setimpal dengan kerja, balik kampung belum tentu orang akan muliakan lagi, terpaksalah jadi hamba duit. bukan lagi hamba rakyat. berita berita salakan mp bebas akan menjadi tajuk utama sehingga tamat persidangan parlimen penggal ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP