welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, March 18, 2010

Polis Terengganu beri amaran kepada NGO

Polis terengganu telah memberikan amaran pertamanya kepada ngo ngo terutamanya mampat dalam usaha menyerahkan memorandum kepada YDPA al tuanku mizan. MAMPAT telah mengwar warkan bahawa akan menyerahkan memorandum tentang tuntutan royalti minyak oleh rakyat terengganu kepada pemimpin umno pusat. polis akan menyekat laluan ngo ngo yang mahu menyerahkan memorandum.

memang telah diduga, pihak polis akan menyekat apa saja memorandum yang akan diserahkan oleh ngo ngo kepada YDPA. polis malaysia tidak sama dengan polis thailand yang mana memberikan kerjasama dalam tunjuk perasaan sibaju merah, walaupun tanpa permit polis masih memberikan kawalan dan selagi tidak menimbulkan kekacauan polis akan sama sama menjaga keselamatan para penunjuk perasaan. walaupun mencurah darah dihadapan rumah PM thailand, abishit. kalau di malaysia, bukan nak curah darah, nak tunjuk perasaan dah kena halau, dibelasah dan diugut dikenakan hukuman penjara.

oleh itu para ngo ngo, hentikalah kerja kerja menuntut royalti minyak yang mana pemimpin umno akan menggunakan wang royalti untuk mengkayakan kroni mereka dan juga poket mereka sendiri, rakyat terengganu akan terus dapat hampas dan duit akan mencurah apabila tiba pilihanraya yang akan datang. biarkan pemimpin umno meneruskan usaha usaha menuntut royalti minyak. jangan jadi bodoh kerana menjadi diri seorang perjuang kepada umno yang tidak akan mengenang budi dan jasa. mampat perlu buat aktiviti lain yang lebih berfaedah untuk rakyat terengganu dari terus melayani tuntutan royalti yang membazir masa dan tenaga.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP