welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, March 18, 2010

MP bebas sebebas bebasnya - tak kenal siapa dah

Ucapan sulung MP bayan baru begitu memukau dan mempersonakan mp mp barisan nasional, kalau dah kena beli pun janganlah nampak sangat mangkuknya. zahrain yang sudah dibeli oleh barisan nasional nampaknya membaca teks ucapan yang diberikan oleh umno dan teks ucapan beliau sama macam karangan perdana menteri yang meminta YDPA membaca teks yang memuji diri sendiri dan termasuk sekali dengan isteri. hari ini dalam sejarah parlimen, YDPA membaca teks yang memuji PM dengan begitu sekali. malunya jadi rakyat malaysia.



apakah agenda zahrain dalam membahas ucapan menjunjung kasih kepada tuanku, dengan dibacakan teks ucapan yang disediakan oleh umno, mengenang kembali kebodohan beliau dan rakyat dapat mengetahui betapa jahatnya zahrain apabila cita citanya untuk menjadi menteri tidak tercapai, sanggup memaki hamun dan mereka reka cerita untuk menyedapkan ucapan beliau. zahrain kena buktikan apa yang beliau katakan dalam parlimen atau hanya membaca teks ucapan karangan umno untuk membalun nuar berahim. kalau betul dan ada buktikan ayuh zahrain buktikan melalui surat atau apa saja, pengakuan zul kulim atau mohsin boleh dibuat, tapi jika zul kulim dan mohsin tidak boleh dijadikan saksi, bawalah sesiapa saja yang boleh membuktikan bahawa projek kerajaan 16 september wujud dengan sejelasnya.


aku sebenarnya tidak yakin dengan projek 16 september ini, dan apa yang ditakutkan oleh pas telah berlaku, lompatan mp mp barisan ke dalam pakatan rakyat akan menjadi kecoh sepertimana kecohnya sekarang, mp mp yang melompat sudah dapat digambarkan bagaimana maruah dan fikiran mereka, mp umno telah dilatih merebut kuasa, pangkat dan wang, agenda mereka akan diteruskan apabila mp mp ini melompat ke dalam pakatan rakyat. implikasi yang ditimbulkan oleh mp mp lompat ini banyak mengundang risiko. dan mana mp mp yang melompat ke sini tidak mustahil akan melompat kembali ke bn jika apa yang mereka mahukan tidak dapat dipenuhi oleh pakatan rakyat.


dan ini telah dibuktikan oleh zahrain mp bayan baru dan mohsin bagan serai, esok mungkin zahrain akan menambah secukup rasa ucapannya, ucapan bagan serai boleh diramalkan apa yang akan berlaku. inilah rupanya kejutan besar yang dikatakan oleh firaun besar-zul kulim, rupanya firaun besar telah merancang agenda bersama sama mp mp bebas yang mangkuk. firaun besar akan membuat ucapan sulong sehari dua lagi, projek membalun nuar berahim akan diteruskan oleh mp mp bebas, maklumlah sudah dibeli, hamba hamba yang dibeli hendaklah menurut apa jua kata kata tuan. hamba faham tuan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP