welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, March 18, 2010

JKKK terengganu menolak mat said

JKKK adalah tulang belakang umno yang telah berakar umbi dalam hidup masyarakat terengganu. ketua JKKK akan hidup senang lenang, ajk JKKK akan juga bertambah senang apabila naik pangkat menggantikan pengerusi JKKK. siapa yang memegang jawatan pengerusi JKKK bermakna lubuk wang sedang menanti. Inilah barua umno yang menjadi duri dalam daging semasa kerajaan pas memerintah negeri terengganu. inilah kerana pemimpin pas bersangka apabila mereka memasuki wisma darul iman mereka seperti masuk kota mekah mengampunkan siapa yang buruk sangka kepada pas dan mengambil kembali mereka menganggotai badan jwatankuasa syura rakyat (JSR) mereka mereka yang bekas JKKK inilah yang menjadi dajjal dalam kerajaan pas di terengganu yang membawa imej yang tidak elok.



sehingga mat said memerintah puak jkkk masih lagi menunjukan kuasa, sewaktu majlis perjumpaan menteri besar dengan JKKK kuala terengganu, ramai jkkk tidak hadir, samada jkkk yang tidak hadir masih lagi wala' kepada mantan mb lama terengganu dulu atau tindakan sabotaj kepada imej mat said. mat said amat kecewa dengan tingkah laku jkkk ini. dari 4000 jkkk yang dipanggil untuk bersama majlis bersama menteri besar hanya 60% yang hadir dan 40% lagi hilang entah kemana. mat said menegaskan ada benda yang tidak kena dalam pentadbiran jkkk sampaikan 40% jkkk tidak hadir bersama beliau. tindakan jkkk amat memalukan mat said dan juga pegawai daerah kuala terengganu yang baru haji wan nawawi wan ismail.



sikap kurang ajar jkkk telah terbukti semasa kerajaan pas memerintah dulu, tapi pas masih bersangka baik dengan mereka ini, mahu lagi melantik mereka menjadi pengerusi JSR atas dasar samarata kononnya, jkkk ini tidak berfungsi sepertimana yang dimahukan oleh kerajaan pas tetapi berfungsi sebagai penyambung lidah fitnah kepada rakyat sepertimana yang dimahukan oleh umno. akhirnya imej JSR yang ditubuhkan oleh pas dipandang serong oleh rakyat terengganu. imej pas tercalar kerana jsr kononnya lebih berkuasa dari pemimpin pas, padahal jsr itu adalah jkkk yang dilantik kembali oleh kerajaan negeri. ada juga jsr menerima gaji dari kerajaan negeri tetapi menjalankan kerja kerja jahat untuk umno bagi menjahanamkan pas terengganu.



selepas dua tahun pas memerintah terengganu, pihak persekutuan menubuhkan kembali JKKK secara haram, dan ada pengerusi jsr menerima jawatan JKKK haram ini tetapi tidak meletak jawatan sebagai JSR. mereka menerima dua gaji dalam satu masa, dan kerja kerja utama mereka adalah mengkhianat kepada kerajaan pas terengganu. masuk ke dalam mesyuarat exco semasa bermesyuarat, selalu mengharubirukan pentadbiran tanah dalam usaha kerajaan pas membahagikan tanah kepada rakyat terengganu yang tidak bertanah. mereka memperolehi laba yang banyak semasa kerajaan pas memerintah terengganu. tandatangan mereka lebih laku dari YB YB PAS. inilah jkkk terengganu yang jahat kepada bangsanya sendiri.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP