welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, March 18, 2010

mat said meneruskan kerja-kerja bangang mantan mb

Mat said adalah dipercayai tidak akan meneruskan kerja kerja bangang mantan menteri besar lama iaitu deris jus0h, kegilaan deris jusoh mencipta tamadun dan memahat sejarah begitu ketara di hari permulaan beliau menjawab jawatan menteri besar. tamadun yang ingin dipahat oleh deris jusoh ialah tidak pernah sebelum ini, iaitu deris tidak akan menoleh kepada sejarah silam untuk membina negeri terengganu darul iman, ilham dan ilmu landuni deris terpancar dari hatinya yang mendahului zaman. idea idea yang mencurah curah datang bersama duit ehsan yang turun macam air hujan turun ke bumi terengganu dengan lebatnya. selain deris jusoh semua orang adalah cap ayam bukannya ayam brand.


kegilaan deris jusoh terhenti apabila altuanku sultan berjaya memberhentikan kreativiti deris yang melangkau zaman, bumi terengganu tidak mampu lagi menampung kegilaan deris jusoh, banyak idea deris jusoh tumbang satu persatu kerana ini tamadun yang ingin dibina oleh maharaja deris. deris sudah banyak memahat sejarah dan pahatan terakhir belum dapat dibuat tuanku al mizan berjaya memahat dulu deris. kalau tidak kerana kejayaan tuanku memahat deris nescaya sekarang terengganu masih meneruskan kegilaan deris demi mencabar masa depan. apabila deris berundur rakyat terengganu merayakan kejatuhan deris dan rakyat bergantung harap bahawa mat said lebih bertanggungjawab dan lebih normal dari deris rupanya tidak.
mat said bersama beca hybrid dan penciptanya zulkifli haron

mat said juga meneruskan kegilaan mb lama dulu, dulu beca solar dibina oleh deris jusoh, banyak beca diubah suai oleh deris jusoh dan penarik beca (bukan bakaq) ini pekerjaan orang terengganu telah bersetuju mengubahsuai beca mereka kepada beca yang berenjin. mula mula idea ini diterima tapi mulai memberikan masalah kepada beca kerana tiada siapa yang sanggup membaiki beca ini kerana tidak barang ganti dan akhirnya perbelanjaan mengubahsuai beca terpaksa ditanggung oleh penarik beca. hari ini mb mat said meneruskan idea mantan deris dengan memperkenalkan beca hybrid pula. dan yang merekacipta adalah zulkifli harun yang mencipta beca yang sama pada zaman pemerintahan maharaja deris. tidak serik dengan kegagalan beca berenjin datang pula beca hybrid. apakah mat said lupa pada kegagalan maharaja deris kepada idea mencipta beca berenjin. enjin mati penarik beca terpaksa pulang tanpa beca kerana tidak mampu mengayuh kerana enjin yang ada memberatkan beca. beca apa pulak selepas ini?


pengangkutan awam juga akan dibaik pulih oleh mat said, bas casligas yang dibeli oleh mantan mb masih lagi banyak dan oleh kerana tidak diluluskan oleh jkjr dan LPKP untuk beroperasi, bas cas ligas dibiarkan buruk di workshop MBKT di chendering. kenapa mat said tidak membaiki bas casligas yang masih baru dan membuat sedikit pengubahsuaian untuk meluluskan lesen lpkp dan dapat beroperasi untuk kebaikan rakyat terengganu dalam membaiki perkhidmatan pengangkutan awam di terengganu. pinjaman wang sebanyak 100 ribu kepada pengusaha bas tidak akan menjamin mutu perkhidmatan akan menjadi lebih baik kerana harga sebuah bas adalah dalam lingkungan setengah juta dan kalau hanya dibagi pinjaman 100 ribu dimana pengusaha bas perlu meminjam 400 ribu lagu untuk dapat membeli bas baru. oleh itu kos membaiki bas casligas lebih baik daripada memberi pinjaman kepada pengusaha bas yang sedia ada. bas casligas masih baru dan memerlukan sedikit pengubahsuaian untuk beroperasi kepada rakyat terengganu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP