welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 19, 2010

Pas perlu kembali seperti asal

Projek lompat parti nampak bertukar angin selepas 16 september. harapan menerajui putrajaya selepas 16 sept tidak menjadi kenyataan. biasalah ada projek yang berjaya dan ada projek yang gagal, projek yang gagal dan menjadi senjata berbisa menikam kembali Pakatan rakyat. Ketua projek yang diketuai oleh nuar berahim telah menjadi sasaran dalam dewan parlimen. apakah pas masih seorang kawan yang baik, perlu menjadi kawan yang baik, sendiri terluka masih mampu tersenyum, lebih suka merawat luka kawan daripada merawat luka sendiri. apakah pas tidak tercedera dengan kegagalan projek tawan putrajaya 16 september. projek yang gagal perlu dikaji dan diteliti dengan agar projek projek yang akan dibuat tidak menerima nasib yang sama. kegagalan projek 16 september boleh dijadikan pengalaman dan yang baik projek 16 september gagal adalah pkr, dap dan pas dapat mengenal pasti mana ahli politik yang betul betul berjuang demi rakyat malaysia dan juga berjuang untuk perut dan nafsu yang tidak pernah puas.

sebenarnya projek 16 september adalah paling banyak melukakan pas tanpa disedari, walaupun nuar berahim punya projek tapi yang dibalun, dimaki, disumpahseranah dan diperdajalkan adalah pemimpin pas, pemimpin utama pas menjadi sasaran golongan yang menyokong kerajaan 16 sept, ini dilakukan adalah untuk melindungi kegagalan projek itu dimata masyarakat. politik yang tulen mesti bertanggungjawab dan mengaku kepada rakyat yang projek ini gagal. projek 16 sept tidak pernah mendapat cemuhan dari golongan blogger walaupun gagal, dan dialihkan tumpuan kepada pas bersama kerajaan perpaduan, dikatakan kerajaan perpaduan adalah dari pas terengganu yang kalah teruk semasa mac 2008. projek gagal diterengganu diangkat menjadi projek nasional dan dimainkan isu ini berbulan bulan oleh pendokong kerajaan 16 sept yang terbukti gagal dan menikam diri pakatan rakyat.

pas perlu bangun dari keruntuhan semangat yang dikorbankan demi kesepakatan untuk menjamin kesejahteraan rakyat. walaupun pas dilihat amat kerdil kerana mempunyai ahli parlimen yang paling kecil sekurangnya ahli parlimen pas masih mengekalkan ketulenan dan keaslian perjuangan yang tidak mampu umno mampu gugat sampai ke hari ini. walau seribu gelombang yang mendatang ahli parlimen masih mampu bertahan walaupun ada sekerat dua pemimpin pas yang mengangungkan pemimpin lain dalam pakatan rakyat dari memberikan wala kepada pemimpin parti sendiri.

pas perlu menjadi dirinya sendiri mulai sekarang, pas perlu berani kedepan, menangani masalah rakyat, buangkan duri dalam diri pas, pas perlu hadir sepertimana dia hadir sewaktu berseorangan dalam menghadapi gergasi umno, walaupun umno hebat pas tetap gagah berdiri, ditanam kedalam tanah tetap tumbuh segar dan menghijau. pas menjadi pohon yang amat lebat berdaun dan berbuah dan menjadi pelindung kepada panas dan hujan, yang datang menumpang jangan pandai pandai nak mengorek akar untuk membunuh pohon yang besar ini. lihat disekeliling pohon yang tumbuh rendang ini, ada pembela yang akan menentang mana mana anasir yang mahu merosakkan pohon yang rendang ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP