welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 12, 2010

sesudah jumaat - islam wajib dipertahankan

fitnah fitnah besar atau kecil melanda umat islam diseluruh dunia. manusia yang menganut agama islam akan terus difitnah sepanjang zaman, umat islam semasa hidup nabi muhammad s.a.w. telah uji dengan ujian fitnah , ujian keimanan, ujian kekayaan, ujian keluarga dan pelbagai ujian lagi. umat islam di zaman nabi cermelang dan terbilang. walaupun jumlah yang sedikit tapi masih mampu menangkis serangan fitnah yang melanda. islam tu dagang di peringkat permulaan dan akan kembali dagang di akhiranya.




hidup dizaman kegelapan islam seperti sekarang adalah amat memeritkan, fitnah, ujian ketahanan kesabaran, pelbagai ujian diberikan oleh allah kepada umat islam diatas kegagalan umat islam mempertahankan agama tuhan seluruh alam. zaman ini telah disabdakan oleh nabi muhamad dan nabi muhamad telah mengatakan sesiapa dizaman ini berjaya mengekalkan keimanan adalah diberikan pahala 50 sahabat semasa nabi muhamad masih hidup. nabi mengumpamakan zaman ini sebagai menggengam bara api didalam tangan sesiapa yang dapat menahan sabar dan beristiqamah dalam terus beriman kepada allah dan nabi adalah sebaik baik umat. sesiapa dari umat islam zaman sekarang dapat meneruskan islam walaupun mendapat tentangan dari golongan kuffar adalah golongan islam yang berjaya.


walaupun golongan islam menjadi minoriti dan keputusan bersama jemaah islam adalah keputusan yang kurang popular, kita wajid bersama kumpulan minoriti untuk terus bersama sama berjuang menaikkan kembali islam di dunia ini. selagi masih ada kudrat dan iradat dan selagi nyawa masih ada dalam badan, kita tetap atau mesti berada dalam golongan yang mempertahankan islam. di akhirat golongan minoriti akan terus ditanya kenapa tidak bersama sama dalam golongan majoriti, mereka akan menjawab didunia lagi kami tidak perlukan mereka apakah diakhirat kami memerlukan mereka? jawapannya tidak ya allah, kami memerlukan keampunan mu yang allah bukanya keampunan puak puak majoriti.
sudah sampainya penganut islam memisahkan diri dari puak puak majoriti demi islam, islam adalah segala galanya. apa jua tindakan yang akan diambil islam lebih penting. walaupun hancur luluh tulang kerana mempertahankan islam dari terus bersikap munafik kepada jemaah islam adalah lebih mulia dari hidup bergalangkan bangkai. mati dalam islam lebih mulia dari terus hidup mengharapkan simpati dan ehsan dari puak majoriti. islam wajid kembali agung.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP