welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 12, 2010

khalid samad semakin menyemakkan

Dulu khalid samad adalah seorang yang banyak memberikan input dan memberikan imej yang baik kepada jemaah pas, seorang yang beristiqamah dalam perjuangan. dalam pas boleh dikatakan khalid samad adalah pemimpin pelapis masa depan pas. gerak kerja dilakukan dengan sistematik dan sentiasa ada dihadapan pemimpin pas dan sentiasa menjadi galang ganti kepada pucuk pimpinan. tegas dalam mempertahankan hak dan sentiasa berani dan tegas. walaupun abang dia seorang menteri kanan dalam kabinet dia masih lagi tegal bersama jemaah pas. pas bertuah mempunyai seorang pemimpin seperti ini.



tapi hari ini, bermula dia menjawat ahli parlimen shah alam pada mac 2008, sikap beliau berubah dan mula bertindak bersendirian, dan seringkali bercanggah pendapat dengan pemimpin utama. sikapnya yang berterusan mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin amat memualkan aku. sikap diri yang terus menerus memberikan penjelasan walaupun telah diminta oleh badan disiplin supaya dia berhenti memberikan kenyataan akhbar. tapi semenjak dikenakan hukuman oleh badan disiplin pas, khalid samad masih terus menerus memberikan kenyataan samada dalam bentuk blog dan media massa.


apakah tugas tugas menjahanamkan pas telah diambil alih oleh khalid samad, memberikan kenyataan dalam usaha menampakkan beliau bersih sampai menciutkan. tak perlu pakai apa dah nampak suci sangat. hari ini saja 2 kali khalid samad melukakan hati penyokong dan ahli pas, kenyataan pertama beliau berbangga sangat dengan hukuman pecat kepada zul kulim oleh parti pkr, kenapa khalid samad amat berminat untuk menjadi ahli parlimen bebas jika dipecat oleh pas. apakah pendirian khalid samad tidak lagi sehebat dulu, nampak kukuh diluar rupanya tapi reput dibaham anai anai dari dalam. buruk dari dalam rupanya khalid samad ini. memuji parti pkr dan mencemuh pas secara disedari atau tidak sedar oleh khalid samad.


hari ini juga khalid samad terus mempertikaikan timb.presiden pas yang hadir pada pelancaran buku natrah, apakah salah hadir untuk memberikan pandangan dari pas mengenai natrah, dulu pas berjuang demi natrah, jadi apasalahnya nasha dan ketua penerangan hadir atas kapasiti dijemput dan memberikan kenyataan berdasarkan pandangan pas. khalid samad kalau tidak tahu hal pucuk pimpinan lebih baik hang diam dari terus kemaruk memberikan kenyataan kepada media massa. apakah hanya pemimpin pas lain saja yang dilarang memberikan kenyataan akhbar. apakah khalid samad kebal dari tindakan parti pas kerana beliau sayang sangat pada pakatan rakyat, melebihi sayang beliau kepada parti sendiri. betapa bahayanya pas menyimpan orang seperti khalid samad yang semakin ego, sombong sekarang.
dendam khalid samad kepada jawatankuasa disiplin akan terus melarat dan khalid samad akan terus dengan agenda peribadi untuk terus memberikan kenyataan seolah olah pas bersalah kerana menghukum beliau. dan aku yakin keputusan jawatankuasa disiplin sudah menampakkan kebenaran dalam menghukum khalid samad. khalid samad sendiri yang telah memperakukan kebenaran, dan semakin banyak tindakan khalid samad akan terus memperjelaskan diri sebenar khalid samad. (MP shah alam)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP