welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 12, 2010

serangan kepada pas beralih arah kepada TGNA

nampaknya serangan yang bertali arus tidak pernah surut, bahkan makin deras menerjah pas, selepas presiden pas, pola serangan ditujukan kepada tgna pula, sekarang tgna digambarkan bahawa seorang penderhaka kepada sultan kelantan. riak riak serangan telah dimulakan oleh kicker seorang pemain media import yang mana dato husam tersalah sangka, ingatkan kucing yang jinak tapi kucing berhati singa, mencakar bila kelaparan. kesilapan husam membawa masuk makhluk ini dalam pentadbiran pas menyebabkan banyak rahsia rahsia parti atau rahsia pentadbiran kerajaan pas sekarang berlegar legar di alam maya. memang inilah pemimpin yang mana tersilap penyokong kena maafkan, kita masih bersangka baik dengan husam dan aku percaya yang husam tidak pernah berniat untuk memusnahkan pas sebagaimana pas recond.


dua tiga entry telah dimuatnaik oleh kicky untuk menunjukan bahawa TGNA menderhaka kepada tuanku alsultan kelantan yang telah pulang dari singapura. kenapa dulu bersikap semuanya baik bila ada jawatan dan bila jawatan diambil balik semuanya nampak jahat. sikap talam bermuka muka ini mula dikesan apabila kicker ini diberhentikan tugasnya dikelantan, walaupun menyanjung tinggi ketinggian peribadi TGNA pada mula diberhentikan sekarang dah mula menyebarkan keburukan TGNA walaupun berita bersifat dendam peribadi dan kadangkala melangkau menjadi fitnah. ditambah dengan perisa menjadikan berita tersebut menjadi seolah olah benar.



bermula dari kes menantu, melarat kepada kes tajaan haji, dan kini kepada berita derhaka kepada sultan terus dimainkan oleh kicker. sesuai dengan namanya, dia akan menyepak sesiapa sahaja yang tidak memberikan keuntungan kepada beliau. tidak mustahil sedikit masa lagi husam akan menjadi barang penyepak beliau pula. jika sesiapa yang membaca entry beliau, dulu dia membenci umno kerana hanya untuk menyepak cik det, oleh kerana cik det sudah disepaknya, ini bermakna hatinya tetap umno selamanya. pas selalu aje bersangka baik dalam berkawan, sampaikan kepala disepak masih lagi menahannya. bilalah pas nak berubah kepada serangan pula?
modus operandi memusnahkan pemimpin pas sudah bermula. presiden pas, timb pas semua telah diperdajalkan dengan sewenang wenangnya. kicker kata dia adalah dijalan yang benar, kerana mendedahkan kebobrokan pentadbiran TGNA di kelantan, semua telah diungkit dan akan berterusan sehingga TGNA bersara menjadi MB kelantan. inilah misi kicker, kicker mahu semua kena sepak kerana dia saja yang mulia dan lurus tidak berbengkok bengkok seperti ular. semua entry kicker akan berkisar kepada pentadbiran TGNA, semua pentadbiran TGNA telah buruk dan lebih buruk dari keburukan kerajaan umno. inilah blogger yang mana makan bertinggung sempat buang najis ditempat dia makan dahulu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP