semakin banyak harta harta rakyat akan dijual
KWSP dan khazanah negara diarah percepatkan perjualan pegangan dalam GLC, ini bermakna pegangan negara kepada perkara perkara asas kepada rakyat akan bertukarmilik sedikit masa lagi. betapa jahatnya kerja kerja umno dalam usaha menjual negara ini kepada pemilikan asing. Khazanah dan kwsp dua entiti kerajaan yang berkuasa penuh dalam GLC akan dikurangkan kuasanya dan diarah menjual pegangan mereka kepada pihak swasta. apakah kerana kekurangan dana dan kantung negara semakin mengecil dan tiris, kerajaan mengemukakan cadangan yang tidak munasabah dan tiada dalam pertimbangan akal yang waras.
siapa yang akan membeli saham saham yang dimiliki oleh khazanah dan KWSP yang bernilai ratus juta ringgit malaysia, apakah syarikat malaysia mampu membeli saham saham GLC ini, jika jawapannya tidak bermakna saham saham GLC akan berpindah tangan dengan mudah ke pemilikan asing, pihak pelabur luar akan datang dalam bentuk kolongmerat yang membawa dana yang banyak untuk membeli saham saham utama GLC. apakah kes temasik membeli kepentingan rakyat seperti kebajikan hospital akan berlaku lagi di malaysia, bila terdedah kepada masyarakat umum, kerajaan cepat cepat membelinya kembali.
bila pelabur luar datang membeli saham saham glc, mereka tidak akan mementingkan kebajikan kepada rakyat yang mereka tahu adalah keuntungan dan juga mendapatkan kembali wang yang telah dilaburkan kedalam syarikat syarikat GLC. apakah kerajaan masih berkuasa dalam syarikat syarikat GLc walaupun memiliki saham khas, apakah yang nak ditipu lagi oleh umno dan kroni dalam misi menjual harta harta milik negara, harta milik negara akan terjual dengan mudah kerana umno biasanya amat mudah ditipu oleh pelabur pelabur luar demi memenuhkan kantung negara yang merosot teruk akibat kebangangan umno memerintah malaysia. melakukakan projek mega yang akhirnya menjadi gajah putih. yang dapat menguntungkan kroni akan dibuat tanpa memikirkan implikasi projek tersebut.
syarikat syarikat luar yang membeli saham GLC akan mudah masuk kedalam pasaran tempatan melalui pemilikan saham glc. umno ingat pelabur asing ini bodoh seperti mereka dalam menguruskan dana negara, mereka ini akan mengaut dan mengikis segala bentuk yang boleh memberikan mereka duit. selepas habis mereka akan lari meninggalkan negara ini dalam kemuflisan. Jika malaysia terus bergantung kepada modal pelabur luar bermakna negara akan lebih cepat muflis berbanding sekarang. selagi umno memerintah maknanya negara malaysia lebih cepat terjajah dalam modus operandi yang tidak mampu dihalang. iskandar di johor telah terjual sepenuhnya kepada warga asing. umno masih terus menafikan sehingga rakyat malaysia tiada lagi dalam malaysia dan akan merempat dibumi sendiri.
0 comments:
Post a Comment