welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 26, 2010

edisi mengembara ke kelantan

Dalam pukul 12.00 tghari, aku bertolak ke kelantan, krisis istana kelantan menarik minat aku untuk ke sana. menengok sendiri betul ke ada pergolakan atau hanya agenda media massa atau juga blogger blogger yang suka mencari berita sensasi menaikkan pengunjung ke blognya. aku bertolak melalui jalan pantai menuju tok bali, jalan agak sesak sikit mungkin kerana cuti am. selepas tok bali jalan kembali lancar kerana jalan melawi dah semakin melebar.




pintu gerbang selamat datang ke kelantan melalui semerak

jambatan tok bali


dengan ditemani pelita TGNA tetap berkarisma


perjalanan menuju kota bharu melalui kubang kerian, kereta kutang diatas jalanraya kerana mungkin solat jumaat akan berlangsung sebentar lagi. kereta diparking diatas jalan kerana kekurangan parking dalam masjid. tiada tanda tanda ketegangan berlangsung, semua nampak normal sahaja. mungkin hanya proganda orang tertentu sahaja yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana kelantan yang harmoni.


aku nak menengok sendiri bagaimana keadaan politik istana yang dikatakan meruncing, sampai ke kota bharu, jalan sesak kerana rakyat kelantan sudah mulai keluar dari masjid masjid. istana ditengah bandar berhadapan dengan masjid utama tiada tanda tanda ketegangan. rakyat kelantan masih boleh berjual beli. aku perlu mencari sesuatu untuk membetulkan minda yang telah terpengaruh dengan media massa dan blog. akhirnya aku berjumpa, karnival JOMheboh dibawah kelolaan Tv3 sedang berlangsung. pesta maksiat ini nampaknya berjaya juga masuk ke dalam negeri serambi mekah. polis memberikan kerjasama yang baik kepada program jomheboh ini. mungkin kerana bersebelahan dengan bangunan polis kelantan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP