welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 2, 2010

rais yatim - pertahankan bahasa malaysia

Semalam dalam temubual soal jawab bersama manja ismail, rais yatim mempertahankan bahasa malaysia, sebagai menteri kebudayaan, penerangan dan multimedia rais yatim mengulas dan mengupas isu bahasa malaysia dengan begitu baik dan siapa yang mendengarnya mengatakan bahawa rais yatim seorang perjuang bangsa dan bahasa melayu, rais mengatakan bahawa hanya di malaysia terdapat bahasa rojak, iaitu pertuturan menggunakan separuh inggeris dan separuh melayu. dia membandingkan orang india di madras yang tidak menggunakan langsung bahasa inggeris dalam pertuturan sehari hari. hanya dimalaysia sahaja terdapat bahasa rojak, rais yatim lupa ke dalam filem hindi terdapat bahasa rojak, tak kira le rojak apa pun, rojak keling ke rojak betik ke atau rojak petis.



sebagai menteri penerangan rais yatim sebagai orang lama gagal menerangkan kepada rakyat bagaimana harus rakyat mengikut kata kata seorang menteri kabinet yang sama sama berjuang memertabatkan PPSMI, apakah rais yatim sudah nyanyuk? bukankah kabinet yang rais bersengkokol adalah kabinet yang menggalakan bahasa rojak berlaku, kabinet yang mengagungkan bahasa inggeris, bagaimana rais yatim mengatakan bahawa bahasa melayu perlu di naiktaraf menjadi bahasa utama dan bahasa ilmu, dalam masa yang sama rais yatim menyokong PPSMI, berada dalam dua alam begitu menyeronokkan buat rais yatim. disini sokong PPSMI dalam masa yang sama menyokong budaya bercakap bahasa malaysia tanpa mencampur adukkan bahasa lain.



rais yatim mahu bangsa melayu kembali kepada akar bangsa menggunakan bahasa melayu sepenuhnya dengan mengatakan bahawa kaum melayu ego kerana menggunakan bahasa inggeris dalam pertuturan sehari hari, sedangkan dalam masa yang sama rais yatim bersetuju membunuh akar bahasa melayu, rais yatim memang sudah terkenal dengan sikapnya yang dulu ungkapannya yang paling masyhur " kita perlu bakar jambatan andaikata ada yang nak menyeberang kembali kesana" akhirnya rais yatim terpaksa membina jambatan buluh untuk menyeberang kembali sebelum orang lain kembali. rais yatim lebih cepat menyeberang dari orang lain. rimas bersama 46 kerana tidak mempunyai kuasa dan wang.
menengok kembali kepada soaljawab semalam, tiada apa apa yang baru dalam kepala otak rais yatim yang mungkin sudah tidak relevan dengan zaman sekarang, tindakannya dalam skmm tidak mencerminkan beliau seorang menteri. sekejap dakwa sekejap tak perlu. inikah budaya yang hendak diterapkan oleh menteri kebudayaan. budaya boleh semuanya asal mengikut citarasa bukannya kepada undang undang. mampus le rakyat malaysia selagi ada menteri seperti ini cakap aje berdegar degar macam guruh tapi hujannya tidak juga

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP