welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 1, 2010

Mb Terengganu - ditukar, bertukar, atau hanya mimpi

setelah hampir genap 2 tahun pemerintahan maharaja mat said, khabar khabar angin, berita separuh masak, berita berita lucu, berita fitnah, berita berita yang tidak masuk akal langsung bergerak laju menerjah alam politik terengganu. Pelbagai ulasan dan berita telah masuk ke telinga peminat politik di terengganu, berita yang paling sensasi dan berita yang melariskan jualan akhbar ialah berita pertukaran menteri besar terengganu, maharaja matsaid yang bertakhta di singgahsana yang panas selalu digoyangkan dengan perlucutan jawatan beliau sebagai menteri besar. berita dari dalam kain umno disebar di merata rata terengganu, tapi sampai hari ini berita berita sensasi ini nampaknya belum mampu mengoncang maharaja mat said. mat said terus gah bertakhta di singgahsana yang diperolehi secara sah dari tuanku sultan.



Maharaja matsaid nampaknya terus akan mengekalkan jawatan menteri besar sehingga akhir hayat dewan undangan negeri terengganu. SMS dua tiga hari lepas memanaskan kembali suasana politik terengganu, maharaja matsaid tidak suka kepada majlis penasihat raja. kenyataan yang nampaknya akan mengugat kedudukan matsaid kerana maharaja matsaid diangkat diatas ehsan tuanku sultan kerana waktu itu tiada siapa dari 22 adun umno yang mahu menderhaka kepada maharaja deris, semua adun dipilih bertanding atas ehsan deris jusoh, jadi bukan mudah untuk menderhaka kepada maharaja ris. sampaikan semua adun ditahan di sebuah hotel kerana takut memberontak terhadap maharaja ris, majlis penasihat raja dengan selamba je melantik mat said untuk menaiki takhta menteri besar. maharaja deris hanya memandang dengan sayu.



maharaja matsaid akan terus berkuasa kerana selagi tiada yang sanggup menderhaka kepada maharaja deris, jika ada yang sanggup menderhaka mungkin jawatan mb akan bertukar tangan, tapi sebagai orang lama dalam politik, sudah masak dengan geraklaku dan gerakan buah catur permainan musuhnya, matsaid boleh melakukan checkmate dengan mudah. matsaid mempunyai buah kilas yang tak mampu musuh musuhnya menjatuhkannya dengan mudah, sikap gedebe matsaid memang diketahui sejak dari dari menjadi tcs sehingga menjawat jawatan menteri besar. mat said perlu menjadi kukubesi untuk melindungi kerajaannya. kalau setakat menjadi kucing siam mat said akan terus diperlekehkan. cuma sekarang matsaid kekurangan satu sahaja jentera dalam pentadbirannya, matsaid memerlukan pembaca doa memohon kesejahteraan kerajaan dari gangguan jin dan iblis.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP