welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 2, 2010

Matsaid khan - akan beraksi

Bangganya jadi rakyat terengganu dengan adanya matsaid khan menjadi menteri besar yang amat gila kepada bollywood, mat said khan dengan bangganya mengumumkan kedatangan atress bollywood ke terengganu untuk menjalani pengambaran filem terbaru hindi diterengganu, malangnya nasib rakyat terengganu, dulu aku ingatkan ali rostam khan saja yang gila ke filem filem bollywood sampai menganugerahkan pingat datuk kepada sah ruk khan. rupanya gila ke filem hindi sampai ke negeri terengganu.


aku ingatkan mat said khan yang gedebe tak minat filem hindi, rupanya lebih gila minatnya kepada filem hindi, selepas ini mesti banyak agenda yang akan diketengahkan oleh mat said khan dalam melayani kegilaan baru beliau. selepas gila membina zoo, mat said khan akan beralih arah meminati filem hindi, mungkin selepas ini akan membina tajmahal yang mana bukan replika tetapi pendua kepada tajmahal, mungkin kerajaan terengganu akan menganugerahkan pingat datuk seri kepada rani pelakon wanita bollywood.



apakah kedatangan artis bollywood akan merancakkan sektor pelancongan dalam negeri terengganu yang semakin malap dan pudar. dengan harga makanan yang amat amat mahal, yang murah anakdaranya, yang lain mahal, terengganu bukan lagi menjadi destinasi pelancongan kerananya dari segi kosnya semuanya mahal, harga makanan lebih mahal dari kuala lumpur, pengangkutan awam amat teruk seperti pengangkutan bangla, dengan aliran traffic yang semakin menyesakkan bila tiba musim perayaan, musim cuti sekolah dan juga kelepasan am. selagi mat said khan tidak mengambil jalan jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah masalah ini, terengganu akan terus terpinggir dari arena destinasi pelancongan negara.

Terengganu bukannya syurga membeli belah, walaupun artis bollywood datang, artis bollywood datang hanya sekali sahaja, pelancong yang datang sekali tidak akan datang kembali kerana beberapa faktor yang disebutkan tadi. oleh itu mat said khan jangan le bermimpi seperti filem hindi yang selalunya indah indah belaka, jangan mengharapkan hero akan menang di akhir ceritanya. mat said khan perlu bingkas dan membetulkan apa yang tersumbat apa yang termahal, cari jalan bagaimana untuk memurahkan kos, dan bagaimana untuk menarik pelancong datang ke terengganu kembali apabila datang kali pertama ke terengganu. jangan sampai ada pelancong "serik tobat" tak nak datang lagi melancong ke terengganu. ini yang patut mat said khan berfikir bukannya seronok dengan kedatangan artis bollywood. tentu rosmah mansur chawla suka dengan mat said, boleh le mak mah kita laga laga pipi lagi dengan artis jantan bollywood.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP