welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 2, 2010

mara 490 juta untuk usahawan - bila imam MARA bertasbih

satu angka yang begitu mengagumkan apabila mara mengumumkan bujet pinjaman yang begitu besar kepada usahawan usahawan bumiputra khusus kaum melayu (boleh sebutke melayu nanti dikatakan perkauman) kaum melayu memang tertinggal dalam semua apabila terlibat dengan perniagaan, dari segi teknik, teknikal, pengurusan, penjualan, pemasaran, modal dan kesanggupan berusaha lebih dari bangsa bangsa lain. walaupun saban tahun mara melaungkan bahawa agensi mereka ditubuhkan dengan tujuan menolong bangsa melayu untuk berjaya dalam perniagaan tapi kenyataan mara adalah satu agensi haprak yang ditubuhkan oleh kerajaan umno. umno menubuhkan mara hanya untuk menolong kroni kroni umno untuk mengaut keuntungan dalam jangkamasa yang singkat bukannya menolong bangsa melayu.



Jika dilihat secara kasar, MARA memang mempunyai dasar untuk menolong bangsa melayu, jika sesiapa yang pernah berurusan dengan mara pelbagai situasi akan usahawan akan berhadapan dengan pegawai pegawai mara yang hanya berwajah melayu tetapi hati tiada untuk orang melayu. tiada sikap mahu menolong bangsanya sendiri, jika tiada usahawan datang untuk meminta khidmat nasihat atau mendapatkan pinjaman, pegawai mara adalah penghalang no satu, ayat yang pertama keluar adalah boleh ke peminjam membayar balik pinjaman, ayat ayat yang begitu sinonim dengan pegawai pegawai mara. (kalau tidak percaya ayat ini Tolong pergi ke pejabat mara diseluruh negeri)




Bila menghadiri kursus kursus mara, pelbagai janji yang ditaburkan oleh pengarah mara negeri, atau sesiapa yang datang untuk memberi ceramah, pelbagai janji manismu di berikan kepada usahawan usahawan yang sudah nak sawan dalam menjalankan perniagaan. Banyak perkara perkara yang mara gagal untuk menolong para usahawan usahawan khususnya kaum melayu, lebih banyak berbincang tapi praktikal tiada. dalam diri pegawai pegawai mara sesiapa yang datang tidak mempunyai "kabel" atau orang dalam, pegawai mara akan memperlekehkan usaha-usaha peniaga peniaga kecik yang baru nak menapak. itu lah pegawai pegawai mara namanya aje melayu tapi atas dasar menolong kaumnya sendiri jauh panggang dari api.



Pegawai pegawai sepatutnya diberi latihan dalam menghadapi situasi peniaga bukannya berlagak tidak tentu pasal, mereka senang le bercakap cukup bulan gaji masuk, peniaga jika tidak ada projek atau kerja masuk apakah yang nak dimakan. makan batu?makan kayu? oleh sebab itulah peniaga mengambil jalan mudah meminjam dengan along. apakah mara tidak boleh datang nak menengok keupayaan peniaga menjalankan perniagaan barulah membuat penilaian kepada borang permohonan pinjaman jangkapanjang atau pendek, kenapa mara tidak boleh melakukan pinjaman seperti mana bank melakukan urusan. kenapa mengambil masa yang terlampau lama dalam menguruskan pinjaman. pihak peceramah selalu mengaitkan ketepatan masa dalam menguruskan perniagaan tapi pegawai pegawai mara dibelenggu dengan pelbagai prosedur yang amat meletihkan peniaga berulang alik kepejabat mara untuk bertanya kelulusan pinjaman. bagaimana prosedur mara yang memakan masa terlampau lama untuk meluluskan atau mengagalkan pinjaman.



jika peniaga berhadapan dengan masalah modal, dan peniaga mempunyai surat dari kerajaan atau pesanan kerajaan dan datang ke pejabat mara untuk membuat pinjaman berdasarkan pesanan kerajaan, pesanan kerajaan ini perlu dilakukan dalam masa seminggu atau kedua minggu sahaja, tapi MARA meluluskan pinjaman peniaga ini dalam masa sebulan atau dua bulan, jadi dimana rasionalnya mara mahu menolong peniaga. apa salahnya MARA mempercepatkan bayaran pinjaman kerana semua telah tersedia, apakah prosidur yang tidak dapat diubah menjadi lebih cepat. pesanan kerajaan biasanya amat selamat kepada mara kerana wang bayaran ini akan masuk kedalam akuan mara terlebih dahulu sebelum mara membayar kepada peniaga. tapi ini pun pegawai pegawai mara tidak dapat menolong bangsanya sendiri. bila ditanya kenapa lambat ini prosidur, kalau cik nak cepat cik pergilah ke bank itu jawapan pegawai pegawai mara.



lepas itu menteri menteri melalak dalam media massa, kononnya peniaga melayu tidak datang ke pejabat mara atau pejabat yang memberi pertolongan kepada rakyat. kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat, tapi rakyat tak mahu mengambilnya. rakyat bukan tidak mahu mengambilnya tapi tangan tangan rakyat dihalang oleh tangan tangan yang banyak menghalang untuk mencapainya. bila ada peniaga dibunuh along, ramai menteri melalak melolong supaya rakyat menggunakan saluran selamat. perniagaan bukannya macam kerja kerajaan cukup bulan dapat gaji, ketepatan masa, modal yang cukup dan juga nasib yang baik diperlukan. usah melalak memberi pinjaman kepada rakyat khusus kaum melayu kalau tidak tahu apa yang peniaga melayu terpaksa hadapi. berbulan bulan menguruskan pinjaman tapi yang dapatnya habuk, dari segi perniagaan bila terlewat bermakna rugi. berhenti bercakap untuk menolong bangsa melayu lagi baik dari terus melalak-lalak dan melolong. semuanya tipu dan dusta semata mata.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP