welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, March 3, 2010

Projek menambak laut - pemanjangan airport

Projek memanjangkan landasan lapanganterbang sultah mahmud telah memberi rezeki yang berganda kepada inai kiara. projek yang begitu besar, berapa banyak wang rakyat telah dibelanjakan untuk kegilaan mantan mb deris untuk memahat tamadun mencipta sejarah, sudah dua tahun matsaid menjadi mb tapi projek menambak laut terus menerus dilakukan, tiada nampak tanda tanda akan berhenti, atau menjalani proses FAT. kalau beginilah projek yang dperolehi oleh inai kiara sampai kiamat pun tak habis, baru tambak dikanan dikiri dah dihakis, tambak pula dikiri, kanan pula hakis, memang untung projek ini, sedut pasir dapat duit tambak dapat duit, pasir yang ditambak dihakis ombak masuk semula ke dalam laut, inai kiara sedut pasir bersama sama duit rakyat rupanya, kita nampak yang nyata hanya pasir tapi sebenarnya sedut duit rakyat. inilah projek gila namanya.
Sudah lama menambak tapi sampai hari ini 03/03/2010 masih tak siap siap lagi, berapa puluh tahun lagi projek menambak laut akan berterusan. apakah sampai kiamat?


Jengkaut yang digunakan sudah lama disini, sampai berkarat kerana digunakan beberapa tahun sejak MB tongkat langit lagi. dah berapa ratus juta inai kiara sedut duit rakyat terengganu

penambahan jengkaut diperlukan kerana ombak laut cina selatan makin menganas dan pasir bersama batu besar tenggelam kedalam laut


kawasan ini dikatakan akan dibina perumahan



tanda tanda untuk pembinaan perumahan memang wujud kerana ada tanda tanda yang menunjukkan proses pembinaan projek perumahan diatas pasir yang ditambak. berapa lamakah perumahan ini akan dapat bertahan. kalau runtuh kedalam laut apakah pemiliknya akan dapat ganti rugi kerana dikawasan ini ombak lautnya amat ganas lebih lebih lagi waktu musim tengkujuh. dimanakah jabatan alam sekitar, tiada siapa yang memantau pun, kesan dari projek ini keadaan pantai berubah sama sekali. jika projek yang dibuat oleh umno tidak akan diambil tindakan walaupun mengacam species kehidupan laut dan juga para nelayan pesisir pantai yang sudah kehilangan sumber mata pencarian akibat penambakan laut ini. hasil tangkapan sudah tidak seperti dulu kerana keadaan laut sudah berubah dan amat menyusahkan nelayan pesisir pantai disini, apa yang diutarakan oleh nelayan hanya dipandang sepi oleh kerajaan umno.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP