welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, March 6, 2010

PKR mengambil langkah berani

Parti keadilan rakyat telah mengambil satu langkah yang berani dalam menangani kemelut masalah lompat parti. Dalam kerusi parlimen nanti akan ada 3 penjuru yang mana bebas, bn dan pakatan rakyat, ketua bebas dipimpin oleh haji ibrahim ali, ketua perkasa, ketua mpn, ketua bebas, makin ramai yang menjadi ahli parlimen bebas. bangga sungguh berahim ali dengan situasi sekarang, berahim ali berharap moga moga ramai lagi mp mp menjadi bebas dan akan membolehkan mereka membentuk kerajaan angan angan mereka, kerajaan yang diasaskan oleh berahim ali. ahli bebas boleh bebas menibai sesiapa saja mp dari pembangkang dan kerajaan. yang akan banyak dibelasah adalah dari ahli mp pembangkang kerana ahli bebas telah dibeli oleh tuan punya hamba. untungnya meniaga orang dari unta kata tuan husin lempoyang. woww


Yang menjadi pertanyaan sekarang adalah mengenai senarai keahlian parti keadilan rakyat, apakah PKR mendaftar ahli ahli mereka, penyokong mereka dan juga ahli parlimen mereka. apakah mereka yang menjadi ahli parlimen bagi PKR adalah benar benar ahli pkr atau hanya sekadar tangkap muat, sesiapa saja yang sanggup menjadi pemimpin dan yang sanggup berjuang diatas nama pkr akan diambil. samada buruk ke baik ke semua sapu dulu. yang menjadi misteri sampai sekarang adalah kedudukan saifudin nasution, SUA pkr.


Jika pkr mempunyai senarai ahli ahli yang mendaftar dengan mereka, pkr sepatutnya mengumumkan pemecatan keahlian mereka, jangan menjadi umno, walaupun sudah lari dari umno, no keahliannnya masih wujud sampai hari ini. pkr sepatutnya mengemaskini senarai ahli ahli parti mulai dari sekarang. buang no keahlian pemimpin pemimpin yang telah keluar parti, samada yang terdapat diperak atau di penang atau dimana sahaja mereka yang telah keluar parti. jangan berbangga dengan senarai yang panjang tapi tiada nilainya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP