perancangan jahat terancang
pemimpin pemimpin pas akan dijemput menghadiri sesuatu majlis dan teks ucapan akan disediakan oleh umno dan mahu tidak mahu pemimpin pas akan membaca teks ucapan itu. selepas majlis pemimpin pas akan dibawa ke majlis sidang media dan disitu pemimpin pas akan menghadapi soalan soalan dari media massa yang pro umno. dan pada keesokan harinya kedatangan pas kedalam majlis akan diwar war dalam media massa milik umno dan disini perangkap umno mula mengena kepada pemimpin pemimpan. dan blog blog yang selalu berburuk sangka kepada pemimpin akan terus menyerang dan menghentam pemimpin pas ini.
sudah banyak majlis yang dianjurkan oleh umno dan mereka akan menjemput pemimpin atasan pas untuk menghadirinya. selepas itu akan keluar soalan soalan perangkap dan juga keluar kenyataan kenyataan yang amat berlawananan dengan sikap pemimpin itu sendiri. pas recond akan terus mengambil kenyataan ini walaupun mereka mengatakan mereka tidak membaca suratkhabar umno. serangan demi serangan akan terus dilakukan oleh pas recond kepada pemimpin pas yang dituduh mahu menjalinkan perhubungan sulit dengan umno. wajah pemimpin pas akan diburukkan lagi imej mereka, dan media massa milik umno akan turun ke padang untuk bertanya kepada pemimpin pemimpin pas yang akan bersiap sedia memberikan kenyataan yang sebaliknya kepada media media umno.
sikap pemimpin pas sendiri yang mahu sesama mereka bergaduh akhirnya akan membuatkan pas semakin buruk dan semakin huduh dimata rakyat. inilah kejayaan umno dalam usaha menjatuhkan penguasaan pas dalam politik terkini. kenapa dalam masa 50 tahun umno bersikap seolah olah pas bukan musuh no wahid mereka. mereka mahu pas digambarkan parti yang tidak setiakawan, khianat dan tidak amanah bila berpakat. media media blog terutama pas recond akan terus memburukan lagi wajah wajah pas dimata masyarakat walaupun diatas kebenaran menegur pemimpin. sikap jahat pas recond akan berterusan dalam usaha menjatuhkan pemimpin pas untuk mencapai matlamat mengikut citarasa TGNA kononnnya.
pemimpin pas perlu menyedari tektik tektik kotor umno ini, pas menerusi badan kaji selidik dan strategi perlu bingkas menahan kerja kerja jahat umno dalam usaha memanupulasikan keadaan sekarang. pemimpin pas sekarang dalam keadaan tersepit kerana menghadapi serangan bertali arus dan tidak pernah reda semenjak PRK bagan pinang. umno semakin berjaya merawat luka mereka dengan cepat kerana tiada gangguan dari pihak pembangkang yang terpaksa bekerja berkali ganda menggunakan kudrat dan iradat untuk memberikan penerangan yang sebenarnya tidak perlu. kekuatan pas akan terjejas jika semua tenaga ditumpukan kepada membaiki dan membaik pulih kerosakan yang telah sengaja dirancang kepada pas. apabila PRU yg ke 13 bermula pas sudah habis tenaga dan akan kalah dengan mudah. dan pas recond akan terus mencanangkan kritikan bernas dari mereka. jangan lagi pemimpin pas menari mengikut gendang umno, pas perlu bergendang sendiri mengikut irama islam bukannya irama dangdut kegilaan umno dan pas recond. jangan menari jika tiada gendang.
0 comments:
Post a Comment