welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, March 13, 2010

kuli tetap umno sampai mati

tengku razaleighn atau nama manja ku li telah mengatakan bahawa beliau akan tetap dalam umno sampai mati. inilah orangnya yang sanggup membubar parti semangat 46 kerana terlampau mencintai umno sehingga ke akhir hayatnya. walaupun dalam umno ku li telah dihalau bagaikan kucing kurap yang buruk kepala namun kerana cintanya kepada umno dia tetap mati dalam umno (p.ramlee je mati dalam iman - alibaba bujang lapok) bagaimana penyokong dan ahli pas kelantan boleh terpengaruh dengan kenyataan ku li yang beliau akan bersama sama rakyat kelantan untuk menuntut royalti. beliau juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan pas di kelantan boleh tumbang jika penerangan tentang royalti minyak diberikan penjelasan yang sewajarnya kepada rakyat kelantan.


apakah pas kelantan terlampau bangang dengan sepak terajang ku li sehinggakan sanggup membutakan mata dan mempekakkan telinga dari mendengar bahawa orang umno tidak akan sama sama memperjuangkan royalti. ku li hanya untuk meraih populariti untuk dirinya bukan untuk sama sama menuntut hak rakyat kelantan. bagaimana pas kelantan boleh terpengaruh dengan agenda ku li yang mana ku li ada agenda beliau sendiri dalam menuntut hak royalti. apakah pas kelantan boleh berjumpa dengan pemimpin umno dan pas kelantan kebal dari arahan pas pusat, pas recond jangan nak spin kenyataan ini, khalid atau dewa pas recond mengatakan bahawa segala bentuk kerjasama dengan umno adalah dilarang oleh itu pas kelantan tidak terkecuali dari arahan ini walaupun atas dasar menuntut hak.


pas kelantan jangan terikut ikut dengan rentak politik ku li yang mana pas kelantan pernah dikhianati oleh ku li semasa dalam angkatan perpaduan ummah, apakah TGNA lupa, apakah husam lupa atau apakah takiyudin lupa bagaimana ku li mengkhianati pas, hampir kerajaan pas tumbang kerana semangat 46 keluar dari APU. kerajaan APU hampir tumbang dengan tangan ku li. apakah pengkhianatan ini dimaafkan kerana menuntut hak, apakah pas kelantan memakai ilmu kalau tak dapat mengalahkannya kita join mereka.


kenapa diperingkat pusat, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pemimpin pas pusat yang hadir ke dalam majlis umno, apakah semasa ku li berucap di atas pentas pas, ku li membuang sekejap baju umnonya. ku li dah menegaskan beliau tetap dalam umno sehingga akhir hayat, apakah pas kelantan pekak, tak mendengar apa kata ku li. sepatutnya pas kelantan bersama pas negeri lain tidak melakukan sebarang hubungan dengan umno samada umno kelantan atau umno seperti mana yang diarahkan. atau arahan pas hanya berpusat kepada pemimpin pas tertentu sahaja. Ku li tetap umno, hidup dan matinya hanyalah umno, dia tak pernah khianat kepada umno tapi pernah khianat kepada pas kelantan. luka lama tetap berdarah walaupun parut dah lama hilang. atau pas kelantan diberi imuniti dalam menjalinkan hubungan dengan umno kerana atas alasan menuntut hak.

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP