welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 14, 2010

sms berkeliaran di terengganu - mb berhenti

pengerusi badan perhubungan umno terengganu hishamudin berkata bahawa beliau menerima sms dari orang yang tidak kenali bahawa Mb terengganu mat said akan berhenti dari menjawat jawatan menteri besar, berita panas dan khabar khabar angin tidak pernah surut semenjak mb mat said dilantik oleh tuanku al sultan terengganu. khabar angin terus menderu dengan deras menerjah arena politik terengganu yang sentiasa panas membakar. yang peliknya sampaikan pemimpin pemimpin pas pun kadangkala mempercayai khabar khabar angin ini. apakah mat said akan melepaskan jawatan panas itu dengan mudah, walau dibayar dengan darah sekalipun mat said tidak akan menyerahkan jawatan mb kepada orang lain.


apakah rakyat dan pemimpin terengganu lupa bagaimana sms menjadikan SUA mat said sebagai mangsa keadaan dan akibatnya 10 budak hitam suruhan deris berlindung di bawah pokok kelapa sawit. sms ugutan bunuh kepada adun adun berkeliaran dengan cepat, nama sup mat said disebut sebut menjadi dalang penghantaran sms ugutan ini. dan apabila polis yang amat cekap didunia membuat siasatan didapati bahawa sms ini datangnya dari puak puak apache dalam umno yang tidak puashati dengan perlantikan mat said menjadi mb. kes sms ugutan akhirnya ke mahkamah. kes perbicaraan belum lagi selesai. kerja kerja menghantar sms palsu ini adalah kerje kerja umno, itupun hishamudin tak tahu ke. tak ada maknanya puak puak pas nak buat kerja bodoh dan bangang tu. bukannya orang pas tamak kuasa macam tuduhan tulang besi. jangan menunding jari ke arah orang lain sedangkan ini kerja orang dalam sendiri.


hishamudin berkata beliau mengiktiraf orang yang bekerja kuat dan bersungguh sungguh, pemimpin yang diterima oleh rakyat setempat. oleh kerana sms dihantar hanya untuk melihat umno bercakaran antara satu sama lain. hishamudin juga menolak politik sempit seperti politik peribadi dan politik bahagian. jika diambil kenyataan ini hishamudin sudah tahu siapa yang menghantar sms panas ini. hishamudin juga tahu umno terengganu telah berpecah dua. umno terengganu tidak akan aman selagi pru yg 13 belum berlaku. kerana masih ada lagi saki baki penyokong penyokong mantan mb lama. mat said dilihat mahu membersihkan sisa sisa pepejal tinggalan deris untuk mengorak langkah demi sebuah kuasa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP