welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, March 13, 2010

mat said kata stadium runtuh salah semua - ada lagi

laporan kertas siasatan stadium runtuh telah dikeluarkan oleh exco terengganu. mat said selaku menteri besar terengganu telah mengumumkan kertas siasatan yang mana menunjukkan semuanya bersalah. dari seni reka kepada pembinaan bangunan semua bersalah. tetapi dari segi kesalahannya belum diumumkan sepenuhnya. masalah spesifikasi masalah kurang teknikal atau masalah dari segi jadual pembinaanya. adakah kertas siasatan yang dijalankan oleh audit luar ini benar benar professional atau hanya menutup sebahagian besar masalah dan membuka sedikit aje kesalahan yang timbul. mat said menteri besar baru dengan gaya sombong seperti biasa mengumumkan kesalahan kecil yang mana mahu menutup kesalahan yang besar. kerja senang menyalahkan semua pihak dalam pembinaannya. jadi semua bersalah bagi mat said.



apakah mat said lupa yang siapa yang mahu membina stadium utama ini dalam masa 2 tahun dan sesungguh membina stadium memerlukan masa 4 tahun paling minima untuk menyiapkan keseluruhannya. apakah 2 tahun yang dijimatkan dapat membuat stadium utama lulus dengan cemerlang. apakah mat said tidak mahu menampakkan dia berbalah dengan mantan mb deris dan mengambil jalan mudah menutup kesalahan deris dengan mengumumkan semua bersalah. deris dengan slogan mencipta tamadun dan memahat sejarah telah membuat keputusan membina stadium untuk kegunaan sukma 2008, dan apakah jabatan kerja raya tidak memberi nasihat professional mereka kepada mantan mb deris.


bumbung stadium runtuh kerana tiang sokongan yang ada tidak mampu menahan bumbung yang terlampau panjang untuk melayan nafsu gila mantan mb yang mahu mencatat sejarah dalam world book record. bumbung yang tiada tiang terpanjang diasia. tiang sokongan yang ada tidak mampu untuk menahan bebanan tetapi oleh kerana alderis mahu begitu terpaksa lah pihak kontraktor melaksanakan arahan sebegitu. siapa yang berani melawan deris diwaktu kemuncak kuasa dia. mampu melebur gunung dengan sekali jentik. i dan you bila bersama sultan brunei. alangkah hebatnya mb deris. siapa melawan akan menerima padahnya.


senireka bahri arkitek yang membina pelan stadium ini telah mereka satu bentuk stadium yang selamat tetapi oleh kerana deris mahu lain dari yang lain senibina bahri telah memberi amaran kalau berlaku apa apa mereka tidak akan bertanggungjawab tetapi amaran ini tidak lekat dalam otak deris jusoh. kegilaan dia tetap diteruskan. di panggil kontraktor korea yang dapat memenuhi impian deris jusoh. pada hari perasmian sukma 2008 lagi bumbung sudah bergoyang cuma mungkin tuhan masih kasihan melihat ribuan rakyat yang tidak berdosa mati akibat runtuhan bumbung. rahmat tuhan keruntuhan stadium dialihkan pada hari tiada temasya. dan tiada nyawa yang melayang, jika runtuh dimasa temasya bermakna ribuan nyawa akan melayang.


apakah kekurangan bahan binaan menjadi perkara asas tumbangnya stadium utama, apakah mat said lupa berapa banyak lobi melobi sebelum tender ini dianugerahkan kepada 3 kontraktor utama. apakah projek ini bersih dari rasuah? projek yang menelan kos ratusan juta rm bolehkah bersih dari korupsi. mat said sendiri faham dan amat mengerti dengan masalah ini dan oleh sebab itulah mat said mengambil jalan mudah mempersalahkan semua orang, semua sikit bersalah tiada yang pemain utama yang bersalah. alangkah senang jadi mb terengganu, umum je semua bersalah tutup buku, lepas tu buat tender baru untuk baiki atau buat pengubahsuai dan kos akan melambung kerana susah nak membaiki apa yang sudah siap. boleh dapat rahmat lagi kata exco yahya khatib.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP